Saya nak share sedikit konsep tabung yang mungkin pernah korang dengar iaitu konsep tabungan 7 jars.
Apa itu 7 Jars system?
7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yang diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah salah satu cara untuk menabung.
Dlm 6 jars, ada 6 tabung yang perlu dan wajib ada iaitu:
NEC (necessity) - tabung untuk keperluan dan belanja harian,barang dapur, bayaran bil-bil, belanja anak-anak
EDU (education) - tabung untuk tambah ilmu.haa dah besar dah grad pun perlu selalu menuntut ilmu dan rajin baca buku tau..yg ni boleh guna utk pembelian buku, hadiri kelas, training dll
LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk pembelian sesuatu yang besar dan jumlah besar contohnya utk pembelian rumah
FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah tak berdaya nak cari duit..haa yg ni penting sgt ya. Dah pencen nanti kita dah siap sedia ada duit tabung khas ni.
PLAY (leisure) - tabung untuk minat kita contohnya untuk travel, hobi dan pelbagai lagi
GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan,infaq,sedekah dll
Dan 1 lagi tambahan yang juga sangat penting iaitu tabung untuk:
PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. seronok kan kalau anak dapat pemberian daripada anak-anak. Kalau ibu bapa dh meninggal dunia, gunakan utk urusan-urusan mereka yang belum selesai (bayar hutang dll) dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah niat atas nama arwah ibu ayah.
Macamana nak start buat tabung 7 jars ni?
Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,
NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%
Haa walau gaji rendah RM2K je pun perlu buat dan penuhkan tabungan ni.
Dah simpan jangan korek2 dah tau..percentage boleh ubah ikut kesesuaian tetapi mesti ada 7 tabung ini dan isikan secara konsisten.
Kalau yang berkerja sendiri atau jalani business kecil-kecilan pun kalau untung ada RM50 tetap kena buat juga macam ni. Takpe bagi 50 sen kat parents pun, takde 50 sen takdelah RM5000 kan. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Jom sama2 start menabung hari ni..guna je bekas-bekas vitamin atau botol vitamin kita guna..just buat label cantik-cantik atau boleh beli tabung murah di kedai RM2. zaman ekonomi meleset ni lagi penting perlu buat.Cabaran menabung untuk kita manage kewangan diri dgn lebih baik sebenarnya.
Nampak macam susahkan tapi bila dah mula sebenarnya rasa seronok dan tak sabar nak tunggu penuh semua tabung-tabung yang ada ni.
Semoga amalan menabung ni dapat membantu kita lebih berjimat-cermat dan juga amalan baik untuk mendidik anak-anak menabung
No comments:
Post a Comment