Jan 13, 2017

Boleh Jadi Rezeki Kita Kerana "Mereka"


Dalam majalah solusi bil 99 ,ada 1 petikan menarik hasil tulisan Muhammad Luqman Makhtar yang menarik untuk di renung bersama.



Usah sekali-kali melihat rezeki yang kita peroleh disebabkan diri sendiri semata-mata.

Maka sebagai anak, sewaktu kita berkira-kira hendak potong duit bulanan untuk #ibu di kampung kerana faktor ekonomi semasa, ingatkan diri, "boleh jadi rezeki aku selama ini kerana ibu."
.
Tatkala kita berkira-kira hendak meluangkan masa dengan #anak kerana memenuhi tuntutan kerjaya, ingatkan diri, "boleh jadi rezeki aku selama ini kerana anak-anak." Ya, anak-anak yang menghiburkan.
.
Bagi #majikan, ingatlah boleh jadi rezeki syarikat selama ini kerana pekerjanya. Ya, pekerja yang jujur dan berdedikasi.

Begitulah juga #pekerja, boleh jadi banyak rezeki selama ini kerana berkat bekerja di syarikat tersebut. Kerana rezeki bukan hanya gaji.
.
Kita mungkin saling menumpang rezeki sesama kita. Maka lihatlah orang di sekeliling kita dengan pandangan terima kasih; ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak, jiran, rakan sekerja, majikan, pekerja hatta orang miskin. Boleh jadi rezeki kita kerana mereka.

Subhanallah..Saling menerima dan memberi.Saling berkongsi insyaallah Allah akan murahkan lagi rezeki yang kita perolehi

Allah SWT telah berfirman mafhumnya,
"Dan tidak ada sesuatu pun daripada makhluk yang melata di bumi kecuali Allah jualah yang menanggung rezekinya." (Hud 11:6)


No comments:

Post a Comment