Pengalaman pos barang ke UK,London 1 pengalaman berharga buat saya yang ber business online. Actually,ada senior yang sambung PHD ke sana minta saya pos beberapa suplemen Shaklee dan barangan personal.
Saya menggunakan khidmat poslaju ekspress untuk penghantaran ke sana. Ada 2 jenis penghantaran ke luar negara sekiranya menggunakan khidmat poslaju..Samada menggunakan poslaju biasa ( ambil masa sebulan untuk sampai) atau poslaju ekspress (ambil masa seminggu sahaja).
Hanya minta borang di kaunter dan isi maklumat dengan lengkap seperti biasa. Sebelum tu pastikan barang yang di pos adalah barang di benarkan dan bukan barang larangan. Barang akan di timbang dan perlu bayar mengikut berat timbangan barang berkenaan. Saya bayar barang-barang ni lebih kurang RM156 untuk 2kg lebih sikit ja..Boleh tahan juga mahalnya.
Selepas 1 minggu dah boleh semak tracking no dan sekiranya telah sampai di UK, barang boleh check lagi menggunakan link Royal Mail
Risau juga saya sebenarnya takut barang tak sampai. Alhamdulillah selamat sampai pada tuan empunya barang cuma tidak ada rezeki barang tersebut di tahan oleh pihak kastam. Ia adalah disebabkan saya state 'gift' pada ruangan keterangan:-(
Sekiranya anda ingin poslaju barang kesana pastikan anda tulis baik-baik dan jelas di ruangan keterangan pada slip poslaju tu. Boleh statekan 'personal item' sebagai contoh.
Untuk tebus barang dari pihak kastam pun mahal juga.Dalam RM 200 duit Malaysia..
Apapun,satu pelajaran dan pengalaman berharga buat saya dan juga ia boleh di jadikan panduan kita bersama.
Sekiranya anda ada pengalaman sama pos barang ke luar negara boleh sama berkongsi di ruangan komen ya.Mungkin ada cara lebih baik dan murah untuk pos barang ke sana.
2k RM150++ boleh tahan mahal jugak tu hehe
ReplyDelete