Mar 18, 2016

Kelebihan dan Peluang Sedekah Jumaat

Assalamualaikum..Saiyidul Ayyamm..Jumaat Barakah..

Jom perbanyakkan selawat buat kekasih hati kita pada hari ini..




Alhamdulillah Allah masih panjangkan nikmat nyawa pada kita sehari lagi..Nikmat kesihatan,nikmat makanan enak,nikmat menghirup udara segar,nikmat bercuti bersama keluarga tersayang..Subhanallah betapa luasnya kasih rahmat Allah pada kita semua..Jom kita perbanyakkan kesyukuran setiap hari.


Hari ini juga saya sempat lalu di kawasan perkuburan di Kawasan Sg Ramal ni dan kebetulan ramai pula orang..Owh baru teringat Komposer terkenal di kebumikan di sini..Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan tempatkan di kalangan orang beriman.



Hari Jumat adalah hari dimana sedekah berlipat ganda. Rasulullah SAW bersabda : “Pahala sedekah berlipat ganda pada hari Jumaat.” 


Sedekah pada hari Jum’at lebih baik daripada sedekah di hari lainnya. Ibnu Taimiyah jika keluar menuju Jum’at beliau bawa apa yang ada di rumahnya lalu beliau sedekahkan dalam perjalanannya menuju masjid secara sembunyi-sembunyi”.


Namun sedekah tidak hanya berupa wang ringgit. Rasulullah bersabda, “ Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, melarang daripada kemungkaran adalah sedekah, dan berhubungan badan dengan isteri adalah sedekah.” (HR Muslim)


Indahnya hari Jumaat..Subhanallah..Jika anda mempunyai kelebihan rezeki mungkin boleh menyumbang sedikit sebanyak secara senyap-senyap dalam tabung-tabung di masjid,surau atau derma di jalanan.


Jika tak mampu untuk keluar, boleh juga bersedekah senyap-senyap masukkan ke dalam akaun ibu ayah tersayang..Dapat masukkan sedikit pun bahagianya rasa hati.


Spread & share the happiness, your heart also will be happy:=)


Ini sedikit sebanyak program-program di Facebook yang mencari dana/penyumbang yang boleh sama-sama kita sumbangkan. Saham akhirat menanti,subhanallah..Boleh klik pada link nama berikut untuk terus ke page berkenaan.



1) Telekung ProjectThe Telekung Project adalah sebuah NGO berdaftar yang bermula dengan aktiviti mencuci telekung wakaf dan kini berkembang menjadi sebuah 'UKHWAH'. Banyak dana dikumpul untuk bantuan masyarakat,dana tabung sakit dll


2) Sepiring Sedekah - Idea penubuhan sedikit sama berkongsi..Berkongsi makanan kepada golongan memerlukan seperti rumah kebajikan,rumah anak yatim,homeless,pelajar universiti dan lain-lain


3) Sedekah Subuh  - Program kemasyarakatan


4) Kompleks Darul Thibbun An Nabawi - Maahad Tahfiz di bawah kelolaan ustaz Dusuki 



Banyak lagi peluang untuk berkongsi sebenarnya. Apapun semoga kita istiqamah dan Allah permudahkan dan luaskan rezeki kita setiap hari untuk terus memberi.


Jika ada lagi list yang boleh di masukkan boleh anda masukkan di ruangan komen..Kita sama berkongsi:-)













No comments:

Post a Comment