Jan 21, 2016

Senarai Produk Kosmetik Merbahaya dan telah di Tarik Balik dari Pasaran

pagi tadi saya berkesempatan melihat rancangan Safiyya TV9 yang mengupas mengenai cantik segera tapi merbahaya. Jika kita lihat di pasaran sekarang,lambakan produk kosmetik yang bermacam jenis di jual. Ada yang tempatan ada yang di import. Namun bahayanya jika produk yang dijual tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan yang produknya adalah palsu.


Bayangkan jika kita mengambil produk kosmetik yang palsu. Memang harganya murah berbanding yang asal tetapi kesannya? Ada yang memilih asal murah untuk mencantikkan kulit wajah. Padahal sekiranya ia produk 'plastik',ia boleh memberi kesan buruk dan merbahaya pada kesihatan,amat rugi dan diri sendiri juga yang bakal menanggung padah.


Senarai Produk yang disenarai hitam KKM 2011-2014

Namun terdapat juga produk kosmetik yang original tetapi mengandungi bahan merbahaya pada kulit.

Sekiranya anda merujuk website BPFK,anda boleh melihat beberapa produk telah di tarik balik kerana mengandungi racun berjadual yang boleh menyebabkan risiko kepada kanser kulit.




Sekiranya anda pengguna produk-produk di atas,di harap dapat hentikan segera pemakaiannya. Sangat merbahaya ya. Produk-produk di atas di kesan mengandungi hydroquinone dan merkuri yang tidak di benarkan di dalam kosmetik di Malaysia.






Pastikan anda memilih produk yang selamat dan terbaik untuk kulit. Jangan kerana harganya yang murah anda sanggup korbankan kulit anda yang cantik dan mungkin nyawa sendiri boleh melayang. 

Biar mahal tapi selamat. Paling penting produk tersebut di sahkan selamat,bebas daripada bahan merbahaya,dan pilihlah produk dari bahan semulajadi sebagai langkah lebih selamat.

Ramai juga yang bertanyakan pada saya mengenai produk di dalam Shaklee iaitu produk Nutriwhite dan Enfuselle. Alhamdulillah,kedua-dua produk ni dari bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan.


Senarai produk Nutriwhite yang telah mendapat kelulusan KKM


Senarai produk Enfuselle yang telah mendapat kelulusan KKM


Paling penting jangan sesekali beli produk komestik sewenang-wenang di bahu jalan. Lihat betul-betul kandungan bahannya dan lebih selamat pilihlah yang mempunyai kandungan semulajadi. Buat pilihan bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Sekiranya anda ingin semak produk kosmetik yang anda guna mendapat kelulusan KKM ,selamat atau sebaliknya boleh semak di sini: http://portal.bpfk.gov.my/






No comments:

Post a Comment