Jan 10, 2016

Rahsia Kejayaan Dato Vida Qu Puteh

Sehari dua ni ramai yang viral kisah kekayaan Dato Vida Qu Puteh. Jika di lihat pada asetnya bernilai jutaan ringgit,pasti ada rahsia tersembunyi bagaimana beliau boleh berjaya.

Selain daripada promosi besar-besaran dalam industri hiburan hingga ke industri bola sepak,pasti ada rahsia lain tersembunyi dan hari ni saya dapat jawapan. Ya,beliau amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari.

Berdoa sepanjang masa dan tidak mengenal putus asa.



Memang hubungan kepada sang Pencipta@amalan rohani sebenarnya memainkan peranan sangat penting. Tahniah dato!!


_______________________________________________________________________________
Kuala Lumpur: “Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.
Menurut Vida, 44, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.
“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
___________________________________________________________________________

She deserved it!!

Jom kita ambil yang positif,semangat dan kerajinan beliau untuk berjaya,dan pedulikan apa kata orang untuk kita berjaya.

Semoga kekayaan kita bukan setakat di dunia tetapi untuk saham akhirat kelak..Insyaallah..



2 comments:

  1. wahhh... bagusnya amalan dia..


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang Baik.. Thanks Sue..

    ReplyDelete