May 12, 2015

Cara Hilangkan Cirit Birit supaya Tidak Melarat Makin Teruk

Semalam saya tak tahu silap makan ape..Padahal saya masak sendiri bihun sup untuk hidangan makan malam..Sudahnya bermula 1 pagi,saya sakit perut memulas dan hampir 5x ulang alik ke tandas sehingga ke subuh..Masyallah..Kebetulan pulak anakanda hannah ni kurang sihat selsema,asyik menangis dia bila ummie asyik bangun..Peliknya saya seorang sahaja yang sakit perut!

Hampir lembik juga bangun pagi..Alhamdulillah suami tolong sediakan breakfast untuk anak-anak ke sekolah..Saya bancuh segelas teh pekat dengan sesudu madu.Namun perut masih memulas dan badan saya sangat lemah.Selepas mengambil bersama 2 keping roti,saya kembali baring sementara anak-anak di hantar ke sekolah oleh papanya..Lesu sungguh lesu..Suami belikan pil check te on,pil sakit perut tu..Saya makan hanya separuh sahaja bila ingatkan masih menyusu adik hanah.



Keadaan saya masih lesu..saya mula teringat nutriferon yang baru saya beli minggu lepas dan mula ada stok di pasaran..terus saya bancuh 1 paket nutriferon bersama air dan 1 biji vitamin c..Saya meneruskan mendobi kain baju,selimut dan cadar,,(risau virus melalui udara boleh berjangkit pada anak-anak dan suami) dan time lunch saya bancuh segelas performance drink..Alhamdulillah badan sedikit bertenaga ketika ini..Bolehlah masak-masak dan layan anak-anak makan walau saya rasa sakit satu badan,lenguh betis-betis dan urat.

Allahu,usai petang saya Whatsapp suami bagitahu saya rasa sangat pening..Makin baring makin sakit jadinya,.Hujan di luar pula turun selebat-lebatnya..Tepat jam 5 petang,saya gagahkan diri mengambil anak-anak pulang dari sekolah..Tika ini terasa sedikit kuat tetapi kepala sangat berpusing-pusing.Rupa-rupanya suami juga dalam perjalanan ke sekolah anak-anak dan saya lihat '11 misscall' darinya..Agaknya risau keadaan saya membawa kereta.

Pulang dari mengambil anak-anak,saya mengambil 1 sachet lagi Nutriferon (terus tuang dalam mulut)..Anakanda hannah pulak asyik duk minta nak-nak..ingat saya makan gula-gula agaknya..saya jilat-jilat sikit Nutriferon di lidahnya..Suka betul dia..

Tika ini,terasa nak makan bubur..Nak minta suami buatkan tapi kesian pula tengok dirinya pun penat baru pulang kerja..Sambil-sambil tu saya gagahkan diri masuk ke dapur masakkan bubur ayam..1 periuk bubur ayam siap saya kerjakan..Macam nak 'marah' je bunyinya..haha...

Hubby plak buat balik 2 biji durian tadi..hoho dengan kepala weng dan badan macam ala-ala nak demam takkan nak makan durian..Saya bagitahu suami memang tak larat nak masak..Balik dari surau,beliau masak sendiri bubur kacang hijau:-) hehe..best ni..

Semangkuk bubur saya habiskan..Alhamdulillah perut dah tak meragam..cuma badan dan kepala je sedikit berpusing..Seusai maghrib,anakanda-anakanda solehah tolong urutkan betis dan kaki ummie..syukur hilang sedikit lenguh-lenguhnya..Kemudian saya bancuh 1 gelas Tea Energy Mix bersama 1 sudu madu..Alhamdulillah,berpeluh-peluh dan terus rasa segar..Mulalah datang mood rajin mengemas,lipat kain baju,susun mainan dan buku dan macam-macam lagi termasuk menulis di sini:-)

Alhamdulillah,syukur padaMua ya Allah yang menyembuhkan..

Jika anda mengalami cirit-birit seperti saya,cubalah NUTRIFERON,PERFORMANCE DRINK dan CINCH TEA ENERGY MIX di atas..Insyaallah ramuan hebat membantu menguatkan antibodi,membekalkan semula bendalir yang hilang.mengelakkan dehidrasi serta membekalkan tenaga



Khas untuk ibu-ibu hamil dan menyusu..hati-hati pengambilan ubat sebarangan ya..sebab itu saya memilih dari sumber semulajadi dan bebas pengawet,perisa dan pewarna.

Sekiranya anda ingin mencuba supplemen ini,boleh hubungi saya untuk pesanan seperti berikut:




No comments:

Post a Comment