Assalamualaikum..
Habis sudah edisi cuti panjang CNY..memang bercuti sungguh kali ini..4 hari atas perjalanan memang terasa sangat memenatkan..
Rabu Malam lepas kami bertolak ke Penang sempena majlis bertunang sepupu belah suami.Memandangkan keluarga belah suami semua tak dapat turun dari Johor,.maka kami jela sebagai wakil.Menginap di E-Red Hotel kat Bukit Mertajam..Pagi pagi lagi kami terus ke rumah pakcik dan majlis bertunang tengahari.Tahniah buat sepupu kami,insyaallah raya ke empat nanti majlis bakal.menyusul.
Seusai majlis,terus kami bergerak ke Rantau Panjang Kelantan melalui Grik.First time kami lalui perjalanan ni..8 tahun lepas pernah lalu sekali je dari Terengganu ke Penang..itupun waktu malam..so kali ni bertolak petang,dapatlah menikmati keindahan alam,kenal Tasik Banding,kenal Pengkalan Hulu.Hehe..Time ni anakanda umair dan Hannah tiba-tiba demam..Memang lesu betul 2 orang tu..melepet dalam kereta tidur sepanjang perjalanan.
Kami tiba di Pekan Rantau Panjang lebih kurang pukul 8 malam.Memang penat sungguh..Check in Nur Inn Hotel di Pekan tersebut mandi manda dan terus keluar balik ke pekan untuk menjamu selera.
First time sampai di sini.Memang aktiviti malam tiada apa-apa dan pekannya sunyi sepi walau baru 9 malam.Baliknya terus tidur jelah selepas seharian kepenatan.
Esoknya seawal 8 pagi kami checkout dari hotel dan terus ke pekan Rantau Panjang.Bersarapan roti canai di sebuah kedai di sana..Kami mula teruskan perjalanan ke kedai-kedai sekitar sana.Dapatlah merasa somtam,aiskrim dalam buah nyiur,kerepek bilis dan pelbagai lagi.Unik juga makanan ni sebab tiada di KL kan:=)
Kami keluar dari pekan pukul 11 pagi.Time ni memang sungguh meriah dengan kehadiran pengunjung.Parking sudah penuh tetapi kereta masih berderet mau masuk! Fuhh memang meriah.
Perjalanan diteruskan ke kampung halaman saya di Paka Terengganu.Sebelum tu singgah makan gulai lembu akikah anak saudara di Kampung Jeram K.Trg.Dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Dungun dan berhenti makan dan solat di rumah kakak di sini.Perjalanan ke Paka di rumah kakak sulong sungguh meriah dengan anak2 buah berhimpit di kereta.Sampai di Paka bersembang seronok lama tak jumpa hingga 12 malam..Letih sungguh time ni terasa berat mata tak boleh bukak lagi.
Esoknya awal pagi kami ke pantai Paka,apa lagi mandi-manda la..seronok betul anak-anak lama tak main ombak kan..Tepat 12 Tengahari kami ke Kerteh menghadiri walimah sepupu..Disini saya dapat jumpa ramai sepupu dan kaum kerabat.Kalau time kenduri baru boleh jumpa semua dan kenal2 dengan sanak saudara.
Perjalanan terus menghala ke Kuala Lumpur.Hari sabtu yang sungguh padat.kami bertolak pukul 2 pm dari kerteh dan tiba di Kuala Lumpur tepat 9 malam.Fuhh jem teruk di Lebuhraya karak Bentong hampir 2 jam.Alhamdulillah time ni anak2 dah sihat dan tidur dalam perjalanan.Kebetulan husband drive kereta manual,boleh tahan ler penatnya.
Sampai di KL kami menuju ke restoran Al Baik di setapak.Restoran ni ala-ala KFC.Tempat ni mengundang kenangan ketika mengerjakan umrah dahulu.Ayamnya sungguh enak.Saya rasa promosinya kurang sebab tiada ramai pelanggan walau hari cuti.
Kami tiba di rumah tepat jam 11 malam.Bersihkan diri,susun barang dan basuh kain.fuhh letih sungguh!
Pagi ahad ni saya menghabiskan masa membasuh baju-baju yang 4 hari perjalanan. Huhu tak muat ampaian!
Tepat 11 pagi kami ke walimah kawan di Bangi.Time ni anakand Hanis dah sakit perut.Lesu je langsung tak nak makan ape2.Sempat jumpa beberapa kenalan je memanndangkan kami perlu teruskan perjalanan ke Melaka lagi untuk walimah staff husband.
Melalui perjalanan di lebuhraya Lekas,takdelah mengadap jem lagi.Lega sungguh! Selamat pengantin baru.staff husband ni rupanya berkahwin dengan kawan sekerja di Sigtech dahulu..So.memang kenal sangatlah! So sweet..semoga kalian kekal bahagia hingga ke jannah.
Kami sampai semula dirumah tepat 6Pm..Husband masuk dapur lagi masak bubur untuk anakanda hanis yang sakit perut.Saya masak sup ayam je untuk hidangan malam.
Malamnya baru terasa sangat penat! Seawal 9 malam saya dah terbaring.Fuhh 4 hari di perjalanan memang terasa lenguh-lenguh.Haraplah ade ostematrix yang boleh bantu saya bertenaga sepanjang hari.
Ok,saja mencoret untuk kenangan hari mendatang..Selamat bersekolah dan bekerja semula pada semua=)
No comments:
Post a Comment