Nov 13, 2014

Lazatnya pisang goreng cheese

Dah jadi fenomena pisang goreng cheese ni..kekadang suami balik kerja belilah jugak..sedap jugak taburan dengan cheese dan coklat kat atas pisang tu..

Macam-macam sekarang ni kan..tapi tak bolehlah makan hari-hari..mau habis diet dan gemuks balik la nanti..hehe

Harga 1 paket RM 5 adela dalam 5-6 keping..kalau beli ni mau habes sorang makan..



Tapi pisang ni tak boleh cicah sambal kicap ler..hehe..kalau makan pisang kat johor,biasa mesti nak cicah dengan sambal kicap..kalau kat terengganu cicah dengan kerak pisang ja or sos cili..nyummy..

Minggu lepas pergi rumah kakak ipar sempatlah dia buatkan pisang goreng cheese ni..

Caranya pun mudah sahaja..

Goreng pisang seperti biasa dengan tepung pisang

Parut cheese cheddar tu dan taburlah dengan chocolate rice tu..

hoho..anak-anak ler paling sukakan..


Tapi serius sedap makan ramai-ramai dan berebut-rebut..sure tak cukup kalau 1 pinggan ja:-)

Cubalah..kat bangi ni ada beberapa tempat..tapi saya pernah cuba 1 tempat je baru so tak taulah rasa yang lain sama tak..

Ok,selamat mencuba buat sendiri..buat sendiri bolehlah makan kenyang-kenyang dan puas hati kan:-)



No comments:

Post a Comment