Nov 21, 2014

Kemeriahan di Karnival Upin & Ipin 2014

Cuti sekolah akhir tahun sudah bermula akhirnya..Wah seronoknya adik-adik..Mak ayah sudah tentu dah sediakan 'planning' untuk cuti persekolahan ni. Mestilah nak manfaatkan masa bersama anak-anakkan? haa,bagi mak ayah sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur ni ada beberapa event istimewa sepanjang cuti sekolah ini..Antaranya adalah Karnival Upin Ipin 2014 di PICC Putrajaya..Haa Best tak??



Anak-anak kat rumah mesti suka tengok Upin Ipin kan..Haa inilah masanya mak ayah boleh bawak anak-anak bersua muka dan tengok depan mata keletah Upin Ipin ni..Lagi seronok kerana akan ada bersama watak Ultraman!

Wow!! Boleh bayang tak perasaan anak-anak kalau mak ayah bawa mereka ke karnival Upin Ipin ni? Mesti melompat-lompat kesukaan..Itu yang saya dapat bayangkan..

Karnival Upin & Ipin ni di anjurkan secara besar-besaran selama 3 hari bermula 21 November sehingga 23 November 2014 di PICC Putrajaya. Karnival bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik di sana dengan penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin dan Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.

Masuk adalah PERCUMA !


Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B di PICC.  

 PICC PUTRAJAYA


Jom mak ayah, kita sama-sama meriahkan karnival ini bersama anak-anak tersayang.Pasti mereka gembira berjumpa watak-watak kegemaran mereka di sini.




Oh ya, sekiranya anda ingin mengelakkan kesesakan,anda boleh datang ke karnival ini menaiki bas awam atau boleh meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dan naik bas yang disediakan secara PERCUMA.





Ok,selamat bercuti dan bergembira adik-adik.Semoga dapat menambah ilmu pengetahuan di Karnival ini nanti. Jangan lupa rakam gambar kegembiraan sebagai kenang-kenangan. 


Ok,Selamat bercuti kepada anak-anak semua dan selamat bergembira ibu ayah di samping anak-anak tersayang :-)


Credit
Credit2


No comments:

Post a Comment