Aug 30, 2018

Bisa Gout Hilang Dalam Masa 3 Hari

2,3 hari lepas en suami mengadu sakit kaki lagi. Saya tanya sakit kat mana..Bahagian atas di ibu jari kaki..Ah sudah, confirm asid uric naik balik ni.

"Abang tak tahu tersilap makan apa..daging langsung tak sentuh"

Kesian tengok dia..Makan memang dah banyak berpantang sekarang ni.

Beginilah kalau dah ada penyakit GOUT atau masalah asid Uric tinggi ni..Tersilap makan sikit je memang boleh bengkak kaki..

Teringat-ingat makanan yang mungkin di makan olehnya.

"Mungkin tersilap makan nasi goreng sebelum hari raya haritu..dalam nasi goreng ada ikan bilis..balik kampung haritu pun makan sayur bayamkan"..saya balas pertanyaan suami

Teringat first time dia kena serangan gout akhir tahun lepas, memang sampai tak boleh nak berjalan. Drive pun tak boleh. Sampai nak beli tongkat tau, cuma tak terbeli je.

Ibu jari bengkak dan mengalami radang akibat pembentukan uric asid kristal



Apakah Penyakit Gout?

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.
Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang.

Kenapa Gout boleh menyerang berulang kali?

Serangan gout terjadi apabila kandungan asid urik menjadi tinggi dan selalunya ia menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate iaitu bergabung dengan unsur sodium.
Perlu diketahui asid urik merupakan bahan akhir bagi penguraian kompaun purine. Purine pula merupakan bahan asas untuk membina rantaian DNA yang membentuk genetik manusia, haiwan mahupun tumbuhan. 
Jika seseorang yang pernah diserang gout mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, ia berkemungkinan akan diserang gout semula.

Makanan yang perlu di elak oleh pesakit Gout

Bagi pesakit gout sangat penting untuk jaga pemakanan harian. Pastikan mengambil makanan yang rendah kandungan purine. Tersilap makan memang sakit menanti

Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi:
  • Ikan bilis
  • Organ dalaman
  • Angsa
  • Sardin
  • Kepah
  • Telur ikan
Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine pada tahap sederhana:
  • Daging
  • Kerang
  • Ikan
  • Asparagus
  • Dhal
  • Cendawan
  • Kacang peas
  • Bayam
Makanan dalam bahagian ini masih boleh dimakan tetapi perlu dihadkan dalam 2 kali sehari dengan kadar yang sederhana
Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang rendah:
  • Bijirin dan hasil bijirin seperti roti, nasi 
  • Susu dan hasil tenusu
Makanan seperti ini diperbolehkan makan seperti biasa.

Tanda-tanda serangan Gout
Kesakitan pada bahagian sendi ibu jari kaki berserta keradangan, merah dan bengkak yang teruk 
Tempat lain yang selalu diserang gout adalah buku lali, pergelangan tangan, sendi jari dan juga lutut. 
Pada permulaan gout, ia akan menyerang 1 – 2 sendi sahaja namun ia akan menyerang banyak sendi sekiranya di biarkan dan tidak mendapat rawatan lanjut,
Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya

Antara Suplemen yang boleh membantu pesakit Gout?
Selain ubat-ubatan, suplemen Shaklee bersesuaian juga dapat membantu mengurangkan bengkak dan sakit akibat gout.
1) Vivix
Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel,memberi kesihatan menyeluruh
2) Omegaguard
Kaya dengan kandungan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit
3) Alfafa Complex
Membantu detox badan, menyingkirkan toksik secara lembut dari badan
4) Performance Drink
Membantu mengurangkan kehilangan bendalir dari badan, mengekalkan imbangan cecair dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan.

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot


Ikhtiar Vivix untuk Suami Terkena Gout

Beberapa hari lepas semasa suami maklumkan sakit kaki terus saya berikan sesudu vivix kepada beliau. Saya sediakan separuh air kosong, masukkan 1 sudu vivix dan minum. Alhamdulillah selepas 3 hari minum berturut-turut , hari ni sakit kaki beliau dah hilang, bengkak pun semakin surut. 

Saya berikan Vivix kerana kesannya pantas berbanding suplemen lain.
Sekiranya mempunyai kekangan bajet boleh ambil Omegaguard, Alfafa Complex dan Performance Drink seperti di atas.

Testimoni Pesakit Gout yang Mengambil Suplemen Shaklee







Apapun, paling penting jaga makan. Tersilap makan memang boleh membawa padah.

Sekiranya berminat untuk dapatkan Vivix atau set gout lain boleh hubungi saya melalui whatsapp di 016 3589018 atau boleh klik di sini



No comments:

Post a Comment