Jan 9, 2018

Masihkah Ada Rezeki Bayi untuk Saya Lagi?

Bila berjumpa sedara mara, kawan-kawan mesti tanya pasal anak-anak.

Eh dah besarlah anak ko..dah sekolah dah..

Bila lagi nak tambah ahli baru? Tak nak baby dah ka..boleh dah ni nak tambah sorang lagi, kakaknya dah besar kan.

Allahu, saya aminkan dan senyum pada semua orang. Doakan saya ya cik...doakan saya tau..InsyaAllah ada rezeki memang nak tambah lagi. Yang boleh saya buat senyum.

Semalam seorang sahabat berkongsi cerita sama. 

'Bila usia semakin bertambah. Dan mereka yang bersimpati semakin kerap bertanya, "Dah besar dah anak. Bila nak tambah lagi?"
.
Tarik nafas. Pejam mata. Senyum lebar-lebar.
.

Tenang-tenang. Baca perlahan-lahan ayat ini.
.

إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ وَمَا تَخْرُجُ مِنْ ثَمَرَاتٍ مِنْ أَكْمَامِهَا وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثَى وَلا تَضَعُ إِلا بِعِلْمِهِ وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ أَيْنَ شُرَكَائِي قَالُوا آذَنَّاكَ مَا مِنَّا مِنْ شَهِيدٍ (٤٧)

.
"Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat; dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah...."

[AL FUSSILAT 41:47]



.
Maha Baiknya Allah. Allah pujuk hati kita.
.
Subhanallah. Soothing!
.
Ibu-ibu, kita kembali semula kepada-NYA. Tiada daya, tiada kekuatan melainkan semua dengan izin Allah. '
.
Doakan dan terus berdoa. Ada orang siang malam mohon Allah kurniakan rezeki si comel ni. Dan tahu tak ada yang terpaksa berbulan-bulan berbaring di katil hospital kerana masalah rahim tidak kuat dan Doktor terpaksa menahan di wad sehingga berbulan lamanya.

Masyaallah..

Terus kuat. Terus doakan ibu-ibu seperti kami. Sedikit atau banyak, mudah-mudahan ia terbaik di sisi Allah. Terima kasih untuk kasih sayang semua.

Doakan ibu-ibu seperti kami yang sangat ramai di luar sana sebenarnya.

Jazakillahi khair adinda Pn Nur Haslaily atas sharing ayat indah ini

No comments:

Post a Comment