Baru-baru ni saya mempunyai customer yang baru sahaja di sahkan hamil selepas 'try conceive' hampir 9 bulan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Selepas 4 tahun takde baby, memang sangat teruja katanya apabila dapat berita sangat gembira ini.
Beliau bertanya saya, adakah boleh makan durian ketika hamil?
Haa sekarang ni kan memang musim buah durian..Kalau kat Bandar Baru Bangi ni memang akan jumpa jer peniaga durian ni tepi-tepi jalan..Orang kata lagi tak dapat memang geram je rasa..Tapi sabar..sabar..untuk ibu preggy sebenarnya tidak ada masalah untuk makan durian ni
Hasil pengalaman dan pembacaan saya , makan durian semasa mengandung tak salah. Boleh je TAPI haa ada tapinya..janganlah sampai makan berbiji-biji durian tu..Kot ye pun musim durian kan:-)
Makanlah berpada-pada..kalau setakat beberapa ulas takde masalah. Cuma durian ni kalorinya tinggi ya .
2 ulas durian sederhana pun dah 60 kalori. So kalau ibu ada masalah diabetes ketika hamil, hati-hatilah. Nanti naik pula bacaan gula dalam darah, haa tak pasal-pasal kena minum air gula lagi dan buat BSP.
Lagi satu pengambilan berlebihan boleh menyebabkan perut sebu dan loya. Beringat-ingat ye makan..Sebab ibu bukan makan setakat untuk diri sendiri malah kesannya juga boleh dapat kepada bayi dalam kandungan.
Cuma ada sesetengah negara yang tak benarkan ibu hamil makan durian sebab ia antioksidan dan sedikit 'panas'. Kalau rasa memudaratkan untuk bayi, seeloknya stop dulu..Namun tiada kajian yang pernah di jalankan ke atas ibu hamil.
Pengalaman sendiri sebelum ni saya makan je..Tapi setakat merasa orang kata supaya takdelah meleleh ayaq liur baby nanti kan. Lagipun durian ni Indeks Glisemiks tinggi, memang tak bagus untuk ibu dan bayi. Lagi bagus kalau ambil ESP yang rendah Glisemik Indeks dan banyak kebaikannya untuk ibu.
Menurut Dr Zubaidi, boleh ambil 2 ulas sehari dan jika ada kesan memudaratkan segeralah berjumpa doktor.
Ok, selamat menjamu durian..Dapat durian kampung ke atau musang king sedap sangat ni:-)
No comments:
Post a Comment