Kakak cakap takkan sebab ubi rebus jadi sakit kaki sebab tak pernah alah makan pun sebelum ni...Mungkin juga angin kan sebab makan ubi pun boleh berangin badan..Husband pun biarkan je since masih boleh berjalan slow-slow lagi.
Hari tersebut juga kami naik ke Bukit Cameron. Esoknya kaki semakin teruk. Sampai nak pijak lantai sakit sangat. Nampakla jalan terhencutnya. Kaki mula bengkak dan merah. Ajak ke klinik kat sana tak nak, nak tunggu klinik kat Bangi jugak. Adalah beberapa biji Ostematrix dan B complex yang bawak, so telan yang tu dulu, so bolehla bertahan dulu buat sementara..Harapla juga kenanya kaki kiri, so bolehla drive lagi turun Cameron Highland tu.
Sampai je malam tu terus ke klinik. Dr pun tak tahu sebab apa..Bagi ubat saraf, ubat tahan sakit dan krim sapu. Esoknya sakit dah berkurang tapi mencucuk-cucuk dan sakit tumit tu still ada. Saya teruskan bagi makan Ostematrix , B complex dan saya add on 1 sudu Vivix pada waktu pagi.
Alhamdulillah getting better. Dah boleh solat berdiri macam biasa dan kurang dah sakit katanya. Dapat pergi kerja macam biasa.
Hujung minggu baru ni kami ada program dan malam tersebut ada makan-makan sikit - makan SeaShells korang...haa tahu jela ada udang, sotong, kupang dan sewaktu dengannya..En suami makan punya tak beringat! Dah feveret kan!
Esoknya beliau mengadu kaki sakit balik! Kali ni sakit lagi teruk. Bengkak dan merah terus.
Ihsan Google ( lebih kurang bengkak dan merah macamni) |
Baru teringat adakah mungkin ini tanda-tanda Gout? Tapi bukan kena pada ibu jari kaki! Kat bahagian permukaan sahaja tapi bila sentuh sakit. Terus beliau ke klinik balik dan dr suggest untuk jalani ujian darah.
So petang tu bertahan sakit. Sampai ajak beli tongkat tau..Nak berjalan pun tak boleh. Solat pun duduk je.
Oh ya, since pergi klinik dah petang dan tak berpuasa, so kena datang esoknya. Alang-alah dah ambik darah terus en suami buat full checkup. Result dalam 3 hari katanya. Dr suspek mungkin Gout juga.
Balik tu terus google mengenai Gout dan pantang larang makanan. Memang teringat entry pernah tulis sebelum ni-- Tanda-tanda Gout & Pantang Larang Makanan . Bila semak balik banyak jugak yang kena pantang ni.
Since Dr tak bagi apa-apa ubat dah dan en suami tak nak makan ubat lepas , saya bagi en suami makan suplemen yang ada kat rumah ni iaitu
Alfafa Complex untuk singkirkan toksik dari badan dan neutralkan balik asid dalam badan
Ostematrix untuk kesihatan tulang dan sendi bantu atasi masalah saraf berkaitan di kaki
Omegaguard untuk kurangkan keradangan/inflamasi dan bengkak kaki tu.
dan Saya sapu krim panas, krim Mujarab warna kuning tu..
Omegaguard baik untuk kurangkan radang, bengkak dan bantu turunkan paras kolestrol tak baik
Masalah berat badan juga penyumbang kepada masalah sakit tumit. Atasinya dengan Omegaguard |
Alfafa Complex sangat bagus untuk singkirkan toksik dari badan dan neutralkan paras asid dalam badan
Pil kalsium lengkap dengan magnesium ini juga penting. Ia bantu lengkapkan keperluan kalsium dalam badan, kuatkan gigi, tulang dan sendi. Semua orang perlukan kalsium!
Alhamdulillah 2 hari makan suplemen ni, sakit kaki dah makin berkurang. Hari ni hari ketiga beliau dah boleh drive kereta manual lepas seminggu lebih bawak kereta auto sebab sakit kaki sangat.
Syukur alhamdulillah suplemen-suplemen yang wife prihatin dia bagi ni kan membantu jugak:-P
Yela sapa tak sayang laki kan..hehe..
Esok kemungkinan result medical checkup akan dapat. Nanti saya share adakah betul sakit gout atau sebaliknya. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja.
Haa, sape pernah kena sakit camni? Penyakit ni menyerang tetiba ja..So solutionnya kena jaga makan. Kalau gout pun paling penting kena jaga makan tau tambah dengan suplemen insyaallah sangat membantu.
Jadi kalau adik, kakak, abang yang ada kena sakit tumit ke, sakit kaki ke cuba semak pemakanan seharian. Ada tersilap makan ape. Boleh ambil Omegaguard,Ostematrix dan Alfafa Complex insyaallah berkurang sakit tu.
Ingat ye, paling penting jaga makan!
Okla, itu sahaja perkongsian petang ni. Sekiranya kalian ada masalah sama dan nak cuba suplemen semulajadi ni boleh Whatsapp saya di sini - 016 358 9018
atau hubungi secara berikut:
No comments:
Post a Comment