Aug 14, 2017

Anak-anak di serang Penyakit Bengkak Pipi

Just nak share pengalaman anak-anak terkena bengkak bawah pipi atau di serang beguk ( actually not beguk sebab doc cakap sekarang dah takde penyakit ni) . 


Credit to google.  Lebih kurang bengkak seperti ini anak-anak kena

3 minggu lepas Kak una balik sekolah bagitahu pipinya sakit sangat. Esoknya bengkak sampai demam. Dia kata nak telan makanan sakit. Ingatkan bengkak biasa sebab infection kat tekak ( sakit nak menelan). Pergi klinik doc bagitahu infection air liur. 

Saya tanya juga doc , bukan beguk ke? sebab bengkak pipi tu macam tanda-tanda beguk. Risau jugak macam-macam penyakit sekarang ni. Doc kata infection biasa je sebabkan air liur..Just bagi antibiotik dan ubat demam. Alhamdulillah, 2 hari habiskan ubat antibiotik ni dengan ubat demam plus bagi juga makan Nutriferon untuk kuatkan imun badan dia.


Then, selang minggu selepas tu, Abang Umair juga alami masalah sama. Baru perasan bengkak bahagian pipi ni sama macam kak Una kena. Memang tak perasan bengkak ni since abang umair pun senyap je tak bagitahu apa-apa. Tapi Teacher kat sekolah call bagitahu pipi umair bengkak lain macam je. Terus pickup dia kat sekolah dan bawa ke klinik sama dengan kak una kena sebelum ni..

Doktor lelaki yang lain. Beliau juga maklumkan ni bukan beguk sebab sekarang dah jarang muncul penyakit ni..Since doc pun tak berani nak bagi antibiotik sebab takut sebab lain, terus beliau buat surat rujukan ke hospital Serdang.

Tanpa sebarang ubat di berikan. kami terus bawa abang umair ke hospital serdang bahagian emergency. Kebetulan pula ramai pulak orang. Masyaallah menunggu hampir 5 jam untuk dapatkan rawatan. Sampai hubby pun dah bising ( kebetulan dia nak kena outstation ke Sabah petang tu) ..kelam kabut lepas hospital terus ambil anak sekolah dan hantar ke KLIA pula.

Sambung balik kisah jumpa doktor. Dah menunggu 5 jam akhirnya masukla jumpa doktor. Sebelum tu dah ambil darah dan alhamdulillah takde apa yang merbahaya. Keputusan darah ok. So doktor bagitahu mungkin viral infection. Tapi doc sendiri pun kurang arif sebab apa. So just bagi juga ubat antibiotik. tapi yang ni kena habiskan 7 hari. Haaa 7 hari la menyuap abang umair makan ubat ni..Alhamdulillah la dia senang nak makan ubat tapi sebab ubat ni sedikit pahit, jenuh jugakla memujuk.

Walau doc bagitahu bukan beguk, tapi simptomnya seperti Beguk. Mungkin kes anak saya ni bukan beguk sebab saya memang dah cukupkan semua injection mereka masa kecil. Yang ada miss injection atau tak ambil apa-apa suntikan imunisasi make sure ambil ya. Bahaya sekarang ni macam-macam jenis penyakit muncul.


Selain ambil antibiotik, saya juga berikan abang Umair Immune Booster , Nutriferon untuk kuatkan antibodi dia. Alhamdulillah walau bengkak pipi tapi aktifnya macam biasa. So tak risau sangat. Demam pun takde hanya bengkak pipi sehingga leher je.




Beguk ni dulu-dulu masa kecil saya pernah kena juga. Usia dalam 5 tahun camtu. Arwah mak letakkan nila campur cuka.


Penyakit boleh berjangkit


Minggu lepas, cikgu di sekolah maklumkan banyak kes bengkak pipi ni terjadi di kalangan pelajar.. Allah..baru saya teringat kisah awal kak una kena dulu, mungkin dah berjangkit dari pelajar lain..Pastu abang umair dan sekarang berjangkit dengan sepupunya yang kebetulan sebilik ngan abang umair. Sepupu menginap sementara sekarang ni buat praktikal kerja area seri kembangan...Bila tengok tanda-tanda sepupu ni sama macam kak una dan umair kena dulu..Sepupunya sekarang pulang kekampung sementara dapat MC

Rupanya penyakit ni berjangkit. Saya baru tahu. Sekarang kami kuatkan imun badan dengan ambil nutriferon dan Vitamin C.

Moga-moga yang di uji penyakit ini di berikan kesabaran. Saya tahu sakit sangat sebab anak-anak kena ni tak boleh silap makan..Abang umair sampai menangis sebab salah tempat mengunyah..Saya suruh dia mengunyah belah pipi tak sakit.

Alhamdulillah kak una dan abang Umair pun dah fully sihat. Cuma sekarang ni musim kat sekolah, so umie berikan setiap hari vitamin ni untuk elak dari berjangkit. Kita hanya mampu merancang dan berusaha kan..Moga Allah izinkan antibodi mereka kuat.

Ketahui apa itu Beguk

BEGUK satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung serta tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi demam, sakit kepala, mulut kering dan hilang selera selain keletihan dan bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 hari hingga 12 hari.


Musim virus/ demam melanda juga sekarang ni. Banyakkan minum air kosong, jumpalah doktor dengan segera dan elakkan ke sekolah / hantar anak ke taska sekiranya mengalami penyakit ini untuk mengelakkan virus merebak. Boleh ambil suplemen seperti vitamin C dan Nutriferon untuk bantu tingkatkan sistem imun badan.






No comments:

Post a Comment