Pejam celik pejam celik rupanya dah 3 tahun saya memakai dan membawa bersama 'IUD' di dalam rahim..Teringat lagi pengalaman pertama memasangnya..Allahu berdebar, takut semua ada..Memang tawakal sungguh sebab masa tu memang nekad nak jarakkan kehamilan nak bagi fokus kepada anak-anak membesar. Punyalah takut sampai terus pergi ke Hospital Pakar An Nur. Masa tu usia bayi ( adik hannah dalam 54 hari). Masih dalam tempoh berpantang.
Boleh baca pengalaman saya memasang IUD di sini
Ramai juga yang bertanya takde kesan merbahaya ke pakai IUD ni?
Semua alat pencegah kehamilan ni ada risiko masing-masing..Saya pernah mengambil ubat perancang tapi lastly kesan buruk saya dapat sampai sekarang tetiba ada masalah asthma. 1 dalam 1000 kata doc sebab saya takde sejarah keluarga penghidap asthma dan asthma saya muncul selepas kelahiran anak kedua selepas pengambilan pil perancang..Apapun semua dengan izin Allah.
Kita berusaha Allah izinkan..Doakan yang terbaik mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baikkan..
Alhamdulillah sepanjang pakai 3 tahun tiada masalah yang berlaku kecuali period on off selama hampir setahun. Ia berlaku kerana perubahan hormon akibat saya menyusu anakanda Hannah..Yang ni memang kena particular la sikit bab solat,puasa.. Beberapa ustazah, kawan-kawan yang arif memamng saya refer bab ni.
Dah sampai cukup tarikh di tetapkan, takut pulak nak pergi cabut:-O ..haha..dah takkan tak nak cabutkan...Kali ni perlu nekad jugakla!
Call beberapa klinik tanyakan harga dan prosedur untuk cabut. Ada 3 klinik saya call di BBB ni..Semua harga berbeza. Paling penting syarat utama pastikan tidak bersama dalam tempoh 3 hari bersama suami sebelum pergi cabut..Ha maksudnya kalau nak g cabut hari rabu..make sure last bersama hari Ahad..hehe ada paham...
Ada setengah doktor suruh datang masa period dah slow..hujung-hujung..ada setengah doktor tak kisah bebila janji bukan masa period la dan ikut syarat atas.
Last, saya pergi Klinik di Serdang..Jumpa doktor yang pernah saya checkup sepanjang kehamilan abang umair dan adik Hannah dulu.. Doktor ni memang famous..Klinik memang full house selalu..Sangat lembut, suka senyum dan sangat prihatin..
Alhamdulillah hari pergi tu bawak adik Hannah..Kebetulan pulak pergi kosong dan terus dapat masuk. Prosedure cabut tu sekejap sangat. Alang-alang dah cabut terus lah buat Pap Smear..
Haa penting ye buat Pap Smear ni..Lagi-lagi dah ada 'benda' ni dalam rahim kita sebelum ni jadi buatlah..sekarang ni pun macam-macam penyakit boleh muncul, cyst ,fibroid..kalau tak buat checkup memang tak dapat nak kesan dari awal..So Mencegah lebih baik daripada merawat..Sepatutnya memang kene buat Pap Smear ni setiap tahun. Itu yang sebaik-baiknya.
Doktor buat tak sampai 10 minit..sebelum tu doc scan dulu untuk pastikan kedudukan IUD berada kat mana.
Ok,dah siap sambil tunjuk IUD yang dah selamat di keluarkan.
Eh, tak sakit pun!
Eh, kenapa takde cramp pun..haha teringat dulu masa buat pap smear punyalah sampai kejang perut..
Alhamdulillah..syukur dengan izinNya..Langsung tak sakit..hilang terus 'rama-rama' dalam perut:-)
Kos cabut IUD dan Pap Smear dalam RM 110 lebih kurang..Ok la sangat..Ada klinik caj RM 100, ada caj RM300 untuk cabut IUD sahaja..So saya assume klinik ni antara paling murah berbanding tempat lain dan pilihan pun sebab dah biasa dengan doktornya.
Saya pasti ramai ibu kat luar sana berminat nak cuba pasang IUD ni..Yang penting lepas guna buat checkup dengan doktor sekiranya ada masalah atau pendarahan.
Terima kasih sudi membaca sehingga akhir:-)
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteSis boleh sy tahu lepas buka iucd perlu pantang bersama suami ke?
ReplyDelete