Alhamdulillah en suami setuju tolong drive ke sini.Hari minggu kalau ke sini memang jem la..so keluar la awal tapi sejam jugak nak sampainya..Sementara tunggu saya habis kelas, sempat beliau buat meeting dengan clientnya kt HQ shaklee ni..Haa 2 in 1. Takdela bosan nak menunggu walau sebenarnya boleh je masuk dengar sekali cerita pasal topik penting ni kan..hehe..takpe bagi can big bos settlekan jugak keje-keje dia yang selalu tak pernah habis..
Anak-anak enjoy bersukaria dalam bilik 'playroom' kat HQ shaklee.Memang mesra kanak-kanak..Seronokla anak bersukaria dengan kawan-kawan baru dalam tu...Best buat business Shaklee ni anak-anak tak perlula nak tinggal kat pengasuh ka,taska ka..boleh angkut sekali cuma pepandaila manage dan jaga supaya diorang takdela di luar kawalan dan buat bising.
Topik Breast Cancer ni di sampaikan oleh Pakar Bedah, Dr Normayani Bt Kitan dari Hospital Putrajaya.
Menurut beliau,semakin maju sesebuah negara itu, penghidap breast cancer juga tinggi.
Tetapi kematian akibat breast cancer di negara kurang maju atau negara membangun lebih ramai berbanding di negara maju. Ini kerana akses kepada teknologi perubatan dan kos perubatan itu sendiri.
Kurang kesedaran dan lambat tindakan juga menyebabkan penyakit ini menjadi semakin meruncing.Lebih ramai wanita Melayu didapati mengidap stage advanced barah payudara, berpunca daripada keengganan mendapat rawatan awal atau tidak mengesan dengan lebih awal. Jadi buatlah pemeriksaan segera sekiranya mendapati ada sesuatu keganjilan pada breast anda.
Daripada setiap 14 wanita bangsa Cina, 1 orang ada breast cancer
Daripada setiap 20 wanita bangsa Melayu, 1 orang ada breast cancer
Ia berkemungkinan kerana wanita Melayu mempunyai lebih ramai anak.
Faktor yang mempengaruhi breast cancer:
- Wanita yang datang haid lebih awal
- Terlebih hormon ESTROGEN sebab ambil terapi hormon
- Wanita obesity sebab ada banyak sel lemak. Makin banyak lemak. Makin tinggi paras hormon estrogen dalam badan
- Wanita yang cenderung kepada gaya hidup barat ~ Westernizing lifestyle ~ ada risiko tinggi untuk dapat breast canser
- Pemakanan yang terlalu banyak daging dan mengabaikan pengambilan buah buahan dan sayur-sayuran
Cara mengurangkan risiko Breast Cancer:
- menyusukan bayi melebihi 6 bulan
- hamil anak pertama kurang daripada usia 30 tahun
- active lifestyle - berkebun,exercise
- melahirkan ramai anak
- banyak pengambilan sayuran2 dan buah-buahan ( kurangkan pengambilan daging)
- hamil anak pertama kurang daripada usia 30 tahun
- active lifestyle - berkebun,exercise
- melahirkan ramai anak
- banyak pengambilan sayuran2 dan buah-buahan ( kurangkan pengambilan daging)
Kegemukan / obesity boleh menyebabkan risiko untuk mendapat breast cancer tinggi. Jadi jaga pemakanan, ubah gaya hidup dan jaga berat badan supaya tidak berlebihan.
Bila Masa terbaik untuk Cek Sendiri Payudara?
Masa TERBAIK untuk cek sendiri kanser payudara : 2 minggu selepas hari pertama period.
Sekiranya ada family history yang ada breast cancer,susur galur rapat ( mak,nenek,adik beradik dll), usia 40 tahun perlu buat ujian screening. Jika tidak boleh lakukan pada usia 50 an
Tahukah anda?
Lebihan lemak di perut bagi wanita yang dah melahirkan anak lebih 5 orang ada gunanya.
Lemak-lemak di perut boleh di gunakan untuk gantikan kulit payudara yang dah dibuang untuk seimbangkan bentuk payudara selepas pembedahan membuang payudara.
Nutrisi yang baik untuk Kesihatan Payudara
Siapa kata soya punca cancer?
Di Jepun makanan ruji mereka adalah soya.dan terbukti Jepun antara negara yang rendah risiko kanser.
Soya antara vitamin yang bantu memelihara kesihatan payudara selain dari Resveratrol, Omega 3, Omega 6, Calcium, Vitamin D, Vitamin dan Mineral.
Namun pastikan anda mengambil soya non GMO untuk mendapat khasiat dan manfaatnya seperti protien non gmo ESP.
Resveratrol boleh di dapati daripada VIVIX.
Sumber Omega 3 daripada Omegaguard
Omega 6 daripada GLA Complex
Vitamin D daripada Ostematrix
Vitamin dan mineral daripada Alfafa Complex
'Breast cancer is a systemic diseases'
Sel kanser boleh pergi ke sel organ lain. Oleh itu, perlu jalani treatment untuk kawal ia.
Sekiranya ada sebarang tanda yang menunjukkan sakit atau perubahan pada payudara,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.Pemeriksaan awal dapat mencegah daripada risiko semakin kritikal dan dapat mengelakkan risiko lebih buruk.
Apapun,semoga Allah pelihara kita dan kita semua bebas daripada penyakit kanser ini dan penyakit merbahaya lain..ameen..insyaallah
No comments:
Post a Comment