Sep 20, 2016

Cuti Hari Malaysia : Dapat Tiket Murah Masuk Themepark Melaka

Minggu lepas cuti Hari Malaysia, kami bercuti santai ke Melaka. Cuti tetiba tanpa planning..Main terjah je kata orang..hehe.

Saya yang beria nak bercuti ke Melaka ni. Teringin sangat nak tengok bunga api kat OldWest tu..Last time pergi dulu masa habis pantang kak una masa family day ofis lama. Best sungguh time tu. Time tu nama cowboy town lagi. dah 7 tahun rupanya..dan bawak 4 orang anak yang tengah membesar ni memang seronok sangat la.



Awal pagi jumaat tu baru packing baju masuk beg. Cuti sehari 2 pun penuh 1 beg jugak. Lagi-lagi kalau ada misi nak mandi-manda ni. 


Kami sampai di Simpang Ampat Melaka lebih kurang 12.30 tengahari. Check in masuk Homestay berdekatan dengan A Famosa tu. En hubby dah siap semua dah booking dan whatsapp owner. Sampai je terus masuk rumah dan dia ke masjid terus solat jumaat.


Balik solat jumaat, relaks2 kejap since cuaca pun panas. Lebih kurang pukul 4 petang kami baru keluar jalan. Time ni baru perasan ada tempat baru ala-ala Johor Premium Outlet (JPO) tapi nama dia Melaka Premium Outlet..Eh sesuka hati je bagi nama baru. Nama dia Freeport A'Famosa Outlet.



Freeport A'Famosa exit Simpang Ampat Melaka


Kat sini apa lagi cuci mata la..Bukan nak beli sangat pun. Tapi kalau beli memang puas hati. Barang branded tahan lama kan. En hubby sempatla beli wallet baru.  Saya padan duk kejor anak dara je..Asyik masuk kedai, terjatuh patung la.Terbalik barangla..Haa keluar jela duk kat tepi-tepi ni..tapi kene mengejor jugak takut masuk air!!!!





Ada juga game-game board kecik ni. Tapi sesuka hati je main.




Panjang jugak MLO ni..Okla pusing-pusing senaman kaki kan..Hehe..dah puas melantak sup daging raya aritu,haa senaman kaki tak official la pulak..



View cantik..Bolehla nak posing2 kat sini

Anak-anak paling suka masuk kedai alat permainan la..Haa habis benda semua nak main.


Dan sebelum balik, kami nampak ada booth sorang amoi jual tiket themepark melaka ni..Haa apelagi, memang mai sini en hubby nak terjun air kan..Jadi terus beli.. Sebelum ni kami singgah jugak kat tiket kaunter A Famosa dalam tu. 1 tiket dah RM40. Duk congak-congak berkira-kira tak beli lagi.. So tengok yang ni dia offer RM 30 je.. so terusla ambik 5 keping terus 


Actually ade je package terus tiket masuk waterpark,old west dan Safari Night tu. Poket tebal boleh ambik pakej terus lagi jimat:-) Tapi kami ni bercuti nak masuk 2 tu je..haha yang lain next time ya.


Sebelum tu jugak , hubby dah singgah kat kaunter Old West tu tapi bukak pukul 6.30 petang. tetiba dia rajin plak p masuk mudah.com cari tiket ni.Saya pun cari jugak kat groupon tapi tiket by pos pulak. Alhamdulillah rajin duk menggodek mudah.com, en hubby jumpa orang nak jual tiket Old West ni dengan harga RM28 je. Haa ape lagi terus grab jela. Jimat dalam RM20 lebih jugak 1 tiket tau.. Lgi-lagi kami ramai gerabak ni..So dapatla berjimat sikit..Alhamdulillah..Owner tiket tu duk area situ jugak dan dapat hantar kat kami. Semua tiket masuk dah dapat..Lega dan next destinasi pekene cendol bakar la petang tu.


Promosi time tu tapi kami tak beli pun.

Malam tu lepas maghrib terus masuk Old West. Anak-anak dah isi perut dengan roti je dulu. Hoho excited belaka. Bebudak ni lagila tak pernah datang. Along dan kak una dulu datang masa baby2 lagi.

Masuk sini harus la sedia kamera ya. Seronokla ambik gambar kat sini..Layan tak terlayan jela..Hahaaa.


Tapi kali ketiga datang kesini..Saya rasa masih SAMA. Tiada pembaharuan sangat walau dah melepasi 7 tahun! 

Yang dulu takdak KAMBENG je..Sekarang ada..Awal-awal dah jumpa kambeng ni..siap duk kejar lagi kambing-kambing ni kelaparan agaknya..Hhahaa..dah bau kambing laki ku duk usap-usap kambing kat sini:-P




As usual kat sini ada persembahan api, persembahan cuti-cuti malaysia dan perarakan mak2 nyah tu..erkk sama je.









Haa..layan jela gambar-gambar ni..nak termuntah tengok mat-mat indon tu ramai beno duk berkibar bendera..seronokla depa ye mai negara kita masuk gambar!! hahaa..


Ok,stop dulu,,nanti sambung lagi edisi themepark yang lebih menarik..5 jam kami kat sana tau..hohohoho..sakan main airr....


Happy Holiday:-)



No comments:

Post a Comment