Jul 11, 2016

Indahnya Syawal Bersama Insan Tersayang

Assalamualaikum..salam 6 syawal..belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin kepada semua pengunjung blog dan customer-customer tersayang.

Taqaballahu minna waminkum..

تقَبَّلَ الله ُمِنَّا وَمِنْكُمْ


sekejap je rasa raya tahun ni kan..tahun ni saya fully beraya dengan keluarga mertua di simpang Renggam,Johor. Alhamdulillah seperti tahun-tahun lepas juga,mak abah memamg bersemangat sediakan pelbagai hidangan untuk saudara-mara tersayang.

pagi raya ada rendang daging,ketupat,sup kepala lembu,ayam masak kicap,sambal goreng jawa, kuah lodeh,nasi himpit dan kuah kacang..

Hari raya pertama kebiasaan memang tak kemana-mana..tunggu je adik beradik dan saudara-mara datang..memang penuh je sampai ke malam..raya kedua tahun ni saya ikut suami beraya ke rumah kawan-kawan sekolah rendah dulu..seronokla duk dengar cite zaman kecik2 ni..

raya ketiga kami sekeluarga dan adik beradik semua pusing kampung di Batu Pahat Johor..adalah kat 10 buah rumah jugak..Harapla takde kemaruk sangat dah makan tahun ni..haha,,cuit-cuit je rasa 1-2 jenis kuih raya dan selebihnya saya minum air mineral..alhamdulillah tahun ni dapat beraya dengan yg lain-lain,so dapatla feel beraya..sebelum pulang,abg ipar (ustaz) akan bacakan doa selamat untuk tuan rumah dan kami semua ameenkan..alhamdulillah terasa ukhwahnya persaudaraan.

Raya keempat seawal 7.30 pagi dah ke JB dan tengaharinya ke Bandar Tenggara. Pusing lagi sampai petang..

Raya kelima dah balik KL..huwaaa cepat sungguh..memang terasa cepat je masa berlalu.

apapun,lepas ni banyak lagi open house sepanjang syawal ni..

Jaga pemakanan, jaga tutur kata..semoga berat badan masih mantain ye (semalam timbang masih statik lg angka time berpuasa)..hehe lega.

Pentingnya Suplemen di musim raya

Sape2 nak set kolestrol ada Phytocol untuk bantu nyahkan kolestrol musim open house ni, yang rasa seram sejuk nak demam,selsema boleh ambil Garlic Complex dan Vitamin C

Yang nak mantain kurus dan lemak tak melekat meh ambik lecithin dan detoks dengan Alfafa complex. Seminggu ambil 2,3 kali Herblax untuk detoks usus plak..Insyaallah raya ni sihat dan bebas penyakit:-)



Kawal pengambilan makanan berlemak dan berkolestrol.. Jaga kesihatan ya lagi-lagi bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan.

Semoga sentiasa sihat dan dalam kasih sayang rahmatNya selalu:=)

Nak order suplemen semulajadi ni roger-rogerla ciksu ya:-)





No comments:

Post a Comment