Apr 1, 2016

Gula itu Racun? Berapa sudu sehari Pengambilan Gula di benarkan?

Dalam group business saya hari ni sharing mengenai kesan bahaya pengambilan maggi dan gula berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Memang tak boleh nak lari makanan rapu ini memandangkan ia sudah menjadi 'sebahagian' makanan kita sejak kecil lagi. Beruntunglah jika ibu ayah anda menekankan makanan sihat sejak kecil. Kerana apa yang kita makan hari ini kesannya paling lambat pun 10-20 tahun akan datang.




Ada kawan share,kawannya tinggal di pedalaman serawak menjadikan maggi sebagai makanan harian / rutin means kerap kali ambil. Di usia masih muda beliau di jemput Ilahi kerana ada masalah kanser usus! Nauzubillahi min zalik..


Ada juga yang menceritakan kisah kawannya yang mengalami kanser darah kerana kerap pengambilan rapu / jajan sejak kecil.


Gula,bahan pengawet,perisa tambahan memang enak di makan tetapi kesannya mengundang parah. 


GULA ITU RACUN

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!

Pada 1929, Sir Frederick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazim dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu!

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr William Coda Martin.

Pada 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai 'racun'! Dr Martin membuat takrifan ini daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan 'melahap' vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul.



Sumber


Jangan lupa gula tersembunyi juga terdapat dalam makanan seperti dalam sos,kicap,minuman 3 in 1. Semua ini boleh di kurangkan jika kita ada kesedaran.


Yang biasa dan suka makan makanan manis seperti kuih,kek,muffin dan pelbagai lagi jenis juadah yang manis-manis enak ni perlu berwaspada!



Kandungan gula dalam minuman di pasaran

Lagi-lagi jika ia melibatkan kanak-kanak atau insan yang kita sayang. 


6-7 sudu teh gula pasir sudah memadai setiap hari, Ini termasuk gula tersembunyi dalam kek,sos dll.


So,boleh kira adakah kita tergolong dalam kumpulan 'addictied gula' atau sebaliknya.


Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di Bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia antaranya boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.


Di negara kita juga berlaku kenaikan kadar pesakit diabetes setiap tahun. 


Gula makanan untuk parasit




  • Boleh mulakan secara perlahan-lahan.  Gula makanan kepada parasit/cacing di dalam perut. Pengambilan makanan manis dan bergula meningkatkan risiko parasit bersuka ria di dalam perut. Kurangkan pengambilan gula sedikti demi sedikit
  • Kurangkan pengambilan minuman 3 in 1 yang kaya dengan gula. Jika sebelum ni selalu bancuh 2x tukarkan kepada sekali sahaja. dan TANPA TAMBAHAN gula ya dalam minuman.
  • Ambil minuman teh hijau tanpa gula. 
  • Kurangkan membuat kek/muffin manis atau membeli kuih manis
  • Banyakkan minum air kosong untuk meneutralkan kandungan asid @ gula dalam badan
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
  • Detoks parasit. Nyahkan parasit yang berada dalam usus kita. Sedikti sebanyak akan kurang keinginan kepada makanan manis.


Di entry akan datang saya akan ceritakan bagaimana untuk detoks parasit dan suplemen yang boleh membantu untuk detoks dan membunuh cacing/ parasit dalam badan.











No comments:

Post a Comment