Antara makanan pepejal yang sesuai di berikan kepada bayi:
1) Protien dan daging
Daging ayam,ikan atau lembu boleh diperkenalkan kepada bayi anda pada bila-bila masa sahaja selepas memasuki usia 6 bulan. Bayi sebenarnya tidak memerlukan daging secara khusus dalam diet mereka. Namun makanan berasaskan daging ini disyorkan sebagai makanan awalkerana kandungan zat besi yang tinggi. Namun bayi juga boleh dapati zat besi ini daripada pengambilan susu ibu
Paling penting bukan jumlah hidangan yang anda sediakan. Tapi lebih kepada pengenalan untuk bayi mengenal bau,perisa dan tekstur. Ia juga penting untuk mengelak daripada bayi memilih makanan dan cerewet tentang makanan.
2) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Cuba dedahkan si kecil anda buah-buahan dan sayur-sayuran berbeza setiap hari. Sayuran dan buah-buahan hijau seperti brokoli dan epal hijau boleh diberikan pada makan tengahari dan makan malam sesuai sebagai permulaan. Namun bagi bayi perlu di lenyek atau di blend terlebih dahulu.
Pisang atau keledek yang dipanggang atau direbus sesuai diberikan sebagai makanan pertama bayi anda.
3) Nasi,roti dan bijirin lain
Kesilapan ramai ibu adalah memberikan nestum segera di pasaran. Kandungan bahan segera mengandungi gula tambahan dan ada yang telah di campur bahan untuk memberikannya tahan lama. Apa yang terbaik adalah memberikan si manja anda bubur nasi buatan anda sendiri. Boleh mula perkenalkan dengan bubur kosong,bubur campur daging,bubur campur sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Makanan yang berwarna-warni membangkitkan selera si manja anda untuk makan.
Perkenalkan makanan bayi secara berperingkat |
Buat permulaan ibu boleh menggunakan konsep '4 day'.Perkenalkan makanan yang sama selama 4 hari baru berubah kepada makanan lain pada hari kelima. Ini untuk mengenalpasti si manja anda mempunyai alahan,sembelit,ruam dan sebagainya.Jika si manja anda enggan untuk makan,buat permulaan boleh mulakan 2-3 sudu sahaja sudah memadai.
Yang penting mulakan secara perlahan-lahan dan layani kerenah si manja anda dengan sabar. Jangan lupa susu ibu tetap perlu di teruskan seperti biasa. Semoga ibu-ibu rajin masuk dapur ya:-)
Credit: Majalah pa&ma
nice sharing ... perkongsian yang bermanfaat untuk ibu-ibu muda :)
ReplyDelete