Saya juga telah mula menjadi WAHM hampir 8 bulan dan beberapa tips ni telah saya lakukan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja sebagai Programmer
#1 Beritahu Pada Keluarga
Sangat penting untuk maklumkan dan mendapat restu keluarga terutama pasangan.Pasangan perlu tahu sebab utama kita mahu menjadi WAHM dan apa kebaikannya pada diri dan keluarga.Apabila pasangan faham,maaka mudah untuk berbincang dan minta kerjasama dalam pelbagai aspek terutama bahagian kewangan,pengurusan masa dan sebagainya.
#2 Set Masa
Pengurusan masa sangat penting.Anda boleh membuat jadual dan cuba ikut dengan baik ya.Setiap orang jadual berlainan mengikut aktiviti keluarga. Pastikan juga suami dan anak-anak dapat mengikut jadual dengan baik.Contohnya ada masa solat berjemaah,masa makan,masa riadah dan lain-lain.
#3 To-do list dan Not To-Do-List
Semasa bekerja,boss minta kita buat task list, harian,mingguan dan bulanan..Begitu juga selepas menjadi WAHM,anda juga perlu senaraikan semua aktiviti setiap hari, dan setiap bulan.
To-do list ini adalah aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju dan lain-lain
Not To Do List adalah aktiviti yang boleh kita 'skip' atau perlu kurangkan seperti menonton sinetron,membaca newsfeed Fb dan pelbagai lagi.
Masih ingat kata-kata dari Benjamin Franklin - 'If you fail to plan,you are planning to fail'
Rancang masa sebaik-baiknya supaya kita dapat siapkan kerja dengan pantas dan teratur
#4 Bangun Awal
Cuba bangun awal setiap hari. Setiap kali kita bangun awal dan extra awal, kita boleh guna membuat perkara yang extra dan tiada dalam jadual. Setkan sebelum tidur setiap hari untuk bangun pukul 4 atau 5 pagi.Lakukan setiap hari pasti anda akan merasai perubahannya dan dapat settlekan banyak perkara setiap hari.
#5 Bina Blok-blok Tugasan
Setkan masa untuk setiap tugasan.Contohnya 1 jam untuk memasak,2 jam untuk melayan anak-anak bermain,2 jam untuk melayan customer atau urusan business. Sesuaikan dengan to-do-list yang kita set tersebut.Jadi mudah teratur dan senang untuk kita uruskan setiap hari,
#6 Letakkan Keutamaan
Apa keutamaan kita nak buat setiap hari.Contohnya antara memasak dan menonton Sinetron,mestilah lagi penting memasakkan..Jadi apa yang tak penting dan boleh ditinggalkan, lupakan terus dan tak perlu buat langsung.
#7 Ambil Masa untuk Berfikir
Setiap hari bangun pagi,kita ambil sedikit masa berfikir untuk tugasan kita. Apa kita nak lakukan dan capai pada hari tersebut.Insyaallah otak kita akan cepat bertindak mengikut perancangan yang kita tetapkan.
#8 Muhasabah Diri
Selepas dah lakukan semua di atas, muhasabah la semula apa yang kita dah buat. Ambil masa sebelum tidur,kita renung semula apa pencapaian yang dah kita perolehi. Sebagai muslim pun kita di tuntut untuk muhasabah diri setiap hari.Perbaiki apa yang kurang dan menjadi lebih baik setiap hari.
Diharapkan panduan ini berguna dan dapat memberikan anda sedikit info. Jika anda berminat untuk sertai kami dalam bisnes Shaklee dan DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE , boleh la hubungi saya samada call/SMS/WHATSAPP di no 016 358 9018 dan anda akan mendapat pelbagai keistimewaan.
Jom join PROJEK YES dan dapatkan pelbagai penjimatan dan keistimewaan hebat khas untuk semua.Projek ini sah sehingga Oktober sahaja. Jadi cepat-cepat ya rebut peluang istimewa ini
Diharapkan panduan ini berguna dan dapat memberikan anda sedikit info. Jika anda berminat untuk sertai kami dalam bisnes Shaklee dan DAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE , boleh la hubungi saya samada call/SMS/WHATSAPP di no 016 358 9018 dan anda akan mendapat pelbagai keistimewaan.
Jom join PROJEK YES dan dapatkan pelbagai penjimatan dan keistimewaan hebat khas untuk semua.Projek ini sah sehingga Oktober sahaja. Jadi cepat-cepat ya rebut peluang istimewa ini
No comments:
Post a Comment