Jan 14, 2015

Pengalaman Berpantang sendiri dengan suami dan anak-anak


Setiap orang mengalami tempoh pantang yang berlainan.Ada yang rasa menyeronokkan,ada rasa sungguh menyeksakan untuk habiskan 44 hari berpantang..Bagi ibu yang pertama kali berpantang pastinya merasa tempoh pantang ini pengalaman baru yang mengujakan dan mendebarkan kan..Ibu-ibu pulak camna?Hari ini saya nak share bagaimana mudahnya berpantang sendirian hanya bersama suami dan anak-anak.


Saya berpantang sendirian anak ke 4.Yela anak dah 4 takkan nak menyusah mak mertua saya dan kakak ipar saya lagikan...2 minggu pertama husband mandikan bayi tiap pagi. Then dia tolong masakkan untuk lunch dan dinner sekali..Resepi pun mudah-mudah sahaja seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini , Resepi berpantang..Kalau balik lewat beliau akan tapau sahaja sup atau apa-apa yang sedap dari kedai..hehe..tapi lepas 30 hari saya dah masuk dapur masak simple-simple..


Saya langsung kurang merasa STRESS sepanjang berpantang kali ke 4 ni..Alhamdulillah, saya ambil set bersalin shakee ada Zink complex untuk cepat baikkan luka bersalin, ESP untuk banyakkan susu dan tenaga,Ostematrix untuk pelawasan dan tidak sembelit, Vitalea multivitamin untuk zat tenaga,B complex untuk elakkan stress dan meroyan serta vitamin C untuk baikkan luka.


sembelit ketika berpantang memang sangat menyakitkan..Saya pernah alami ketika anak sulong dahulu..Seksa berulang-alik ke tandas dan meneran sampai hampir 5 hari baru dapat membuang!!Oh sungguh perit pengalaman ketika ini..


Ni set yang saya ambil..








Nampak banyakkan tapi sangat membantu saya ketika berpantang sendirian ni..Semua ni ada aturan makan dia..Dan paling penting air kosong atau air mineral mesti cukup 3 liter untuk pastikan serapan dalam badan dan susu terhasil dengan banyak. 


Paling best hari pertama saya dah membuang,tidak takut-takut lagi seperti sebelum ini. Seingat saya anak pertama hingga ketiga ( saya tidak ambil shaklee lagi ini) paling awal pun hari ketiga saya membuang..


Yang ni pula testimoni Puan  Khadeejah Hasmaad yang menggunakan set berpantang shaklee juga ketika bersalin anaknya yang kedua



]



Untuk luaran,saya guna serbuk param,minyak pilis dan bancuhan lulur dan basuhan dari set Anugerah..saya beli yang loose pack di pasaraya warta,jadi boleh pilih mana yang nak je..takdela membazir kalau tak nak guna kan..




Alhamdulillah semua dengan izinNya..


Bagi saya jika anda ingin berpantang sendirian, perlu ada kemahuan kuat dan yakin boleh..dan jangan sesekali culas/malas untuk ikut tips-tips kat bawah ni..Sebab padahnya nanti badan sendiri yang sakit kan??



- Ambil set bersalin/supplemen/jamu sesuai untuk kesihatan diri ( jangan culas makan/jangan skip/jangan malas2..nanti sakit badan!!)




- Bertungku sangat penting untuk kecutkan rahim dan kembalikan semula ke kedudukannya..( At least 2x sehari) ..Saya pakai tungku besi yang di balut dengan daun mengkudu..best dapat tekan2 sampai rasa naik peranakan..




- Berbengkung ( haa..ni jangan malas,nanti jangan bising kalau badan tak langsing)


- Berstokin ( setiap malam wajib pakai..siang kalau panas saya miss jugak..tapi mostly pakai sampai 30 hari time siang)..


- Berurut selepas habis pantang..Dalam pantang dah urut at least 3x, make sure habis 44 hari berurut lagi sekali untuk pastikan badan cergas kembali sebelum mula alam pekerjaan..


- Minum air kosong 3 liter sehari. Air sangat penting untuk bantu banyakkan air susu dan elakkan kita dehidrasi 


- Jika anda ingin membuat stok susu,boleh mulakan pada seawal minggu ke 2-3 bergantung kepada jumlah susu anda.Lagi awal lagi bagus simpan stok susu ni..Pastikan anda dah ada pam susu yang sesuai,rajin mengepam jika anak tidur dan tahu teknik simpanan ni..(boleh google atau masuk group support FB)


Support dari suami sangat penting ketika berpantang..Sekiranya ada anak-anak lain yang perlu di uruskan boleh hantar ke taska atau cari pengasuh/maid sementara waktu.Kerana badan kita sangat--sangat penting perlu penjagaan rapi ketika berpantang ni..Time pantang inilah kita nak manja-manjakan dirikan?hehe..Nanti dah habis pantang semua perlu buat dan lagi banyak tugas-tugas menanti..Jadi time suruh rehat,rehatlah sepuas-puasnya:-)



Ok,just sharing ringkas dari saya..Mungkin anda ada tips dan pengalaman lebih menarik boleh juga berkongsi bersama saya..








1 comment:

  1. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete