Dec 3, 2014

Cara Menyusu Bayi Pramatang dan rahsia ibu kekal sihat dan cergas semasa berpantang

Semua ibu ingin melahirkan anak dengan mudah dan sempurnakan..Semua ibu berdoa dari awal kehamilan supaya dipermudahkan urusan bersalin dan dapat bersalin pada masa jangkaan di tetapkan.Namun Kuasa Allah, ada sesetengah ibu perlu melahirkan bayi sebelum usia kehamilan 37 minggu dan melahirkan bayi pramatang. Di Malaysia sahaja lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.




Apa itu Bayi Pramatang?



Bayi Pramatang adalah bayi yang di lahirkan sebelum usia kehamilan 37 minggu. Kebiasaanya bayi yang di lahirkan pada minggu 36 atau genap 9 bulan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan insyaallah sihat, Namun bagi bayi yang di lahirkan lebih awal dari minggu 36 kehamilan, bayi lebih terdedah kepada risiko dan ia memerlukan rawatan ekslusif yang kebiasaanya di letakkan di dalam inkubator di NICU untuk perhatian.



Sebab-sebab bayi di lahirkan awal waktu atau pramatang?



Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:
  • Pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban.
  • Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya.
  • Uterus dan serviks yang luar biasa.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi, contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah.
  • Kurang sokongan sosial.
  • Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok semasa mengandung.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.
  • Kecacatan semula jadi sejak lahir.

Sekiranya ibu telah melahirkan bayi pramatang,jangan sedih dan risau ya..Insyaallah Allah Mengetahui terbaik untuk ibu dan bayi. Elakkan stress dan dapatkan sokongan suami atau keluarga terdekat. Memang proses melahirkan bayi sangat penat. Urat saraf putus, hilang tenaga, kehilangan darah yang banyak dan sebagainya. Namun,ibu perlu ingat bayi pramatang memerlukan sentuhan dan air susu ibu yang sangat-sangat membantu diri bayi.


Susu Ibu Ubat Mujarab Bayi Pramatang


manfaat susu ibu


Bayi pramatang memerlukan sokongan hebat dari ibu.Air susu ibu sangat mujarab untuk membesarkan bayi pramatang. Namun bukan mudah ya selepas bersalin tetiba bayi tiada di sisi, ibu perlu ulang alik ke hospital,dengan keadaan yang masih lemah ibu tetap perlu teruskan penyusuan bayi.

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya..Walau bayi tinggal di inkubator,namun ibu tetap boleh menyusu bayi sendiri.


Bagaimana cara Menyusu Bayi Pramatang?


Ikuti kisah Puan Hidayah di bawah yang berjaya menyusui bayinya yang pramatang dengan sangat mudah!Malah bayinya dapat menyusu secara ekslusif darinya.Video sangat menarik untuk para ibu dapatkan tips dan rahsia menyusu bayi dengan sangat mudah.





Puan Hidayah telah mengambil set berpantang dari rangkaian shaklee dan juga menambah set penyusuan untuk menghasilkan susu dengan cepat dan banyak. Alhamdulillah supplemen ini sangat membantu dirinya lebih sihat dan bayinya sendiri dapat minum air susunya walau tinggal di dalam inkubator..

set berpantang dan menyusu bayi dari shaklee
Set Berpantang dan Penyusuan Bayi


Lihat..Tiada yang mustahil jika ibu tahu caranya dan keinginan yang tekad dan kuat untuk menyusukan?


Tiada istilah tiada susu ya wahai ibu melainkan jika ibu mengalami masalah kesihatan yang kritikal atau tak sempurna secara fizikal.

Stress, tak cukup ilmu dan tidak tahu cara bagaimana mahu menyusukan anak pramatang adalah penyebab utama mengapa ramai ibu memilih susu formula berbanding susu ibu. 

Oleh itu, sangat penting semasa hamil, ibu perlu ambil tahu tentang susu ibu.Banyak kelas penyusuan, bahan bacaan atau guna sahaja internet yang sajikan pelbagai informasi penyusuan kepada ibu-ibu.Malah terdapat group khas penyusuan di FB yang boleh ibu join untuk mendapatkan sokongan dan ilmu.

Jadi paling utama, bagi meransang pertumbuhan dan pertambahan berat bayi pramatang adalah IBU YANG SIHAT. Hanya ibu sihat emosi dan fizikal sahaja mampu memberikan susu ibu kepada bayinya. 

Perkara lain untuk menjaga Bayi Pramatang
  • Persekitaran
Pastikan suhu bilik sentiasa 27°C dan bersih. Ini kerana kulit bayi pramatang amat nipis dan tak mampu untuk menyimpan haba badan. Bayi perlu memakai baju dan seluar yang panjang, sarung kaki dan topi bagi mengekalkan haba. Jauhkan dari mereka menghidap masalah yang batuk atau selsema. 

  • Posisi Tidur
Posisi tidur mengiring adalah yang terbaik. Bayi pramatang mengeluarkan muntah lebih dari bayi yang normal. Jadi awasi bayi sentiasa.

  • Kolik (Kembung Perut)

Perut kembung atau kolik amat mudah menyerang bayi yang baru lahir. Ini tidak terkecuali bayi pramatang. Hal inin berlaku kerana bayi berasa tidak selesa dan menangis apabila kolik menyerang. Ibu boleh menyapu ubat dan menuam pada bahagian perutnya, serta mendukung bayi untuk membantu melegakan rasa ketidakselesaannya.

Tiada ungkapan perasaan gembira bagi ibu melainkan ingin melihat anak membesar dengan sihat. Sekiranya ibu-ibu berminat untuk dapatkan set berpantang dan penyusuan eklusif di atas bolehlah hubungi sue ya..Insyaallah sue pun dah merasai sendiri dan melihat kesan sangat baik dan positif selepas bersalin malah dapat buat stok banyak-banyak sebelum masuk kerja..

Nak tahu pengalaman customer-customer yang dah mengambil set ini? Boleh baca di bawah ya:


Insyaallah bayi pramatang akan sihat dan membesar dengan kuat dengan izinNya,,Jom hadiahkan untuk diri ibu set berpantang dan menyusu ini supaya ibu dapat khasiat dan manfaatnya serta bayi pun dapat susu yang banyak untuk membesar,

Hubungi sue seperti berikut untuk mendapatkan supplemen yang sangat membantu ini. Insyaallah sue akan share banyak lagi tips penyusuan dan cara makan set supplemen ini.

Oh ya, sekiranya artikel ini baik dan bermanfaat untuk anda, bolehlah klik butang Google+ di bawah atau share di FB ibu-ibu ya

Terima kasih..









No comments:

Post a Comment