Aug 13, 2014

Cara Mandikan Bayi dengan Betul

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan 

tinggal di alam rahim.Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut  

kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru 

lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. 
Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran 

darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran 

darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian 

baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini 

akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan 

sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara 

perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air 

di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir 

Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta 

menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak 

digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air 

dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses '

‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap 

dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan 

kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Credit: FB KakiNovel

2 comments:

  1. masa anak sulong takut2 nk bg mandi, lps tu dah ok...sbb baby kan fragile

    bagus perkongsian tips di atas.

    ReplyDelete
  2. tips yg sangat berguna dii masa akan datang :)

    ReplyDelete