Impian dan cita2 untuk insan tersayang.
Dulu masa kecik² saya selalu impikan nak buat umrah bersama dengan arwah mak dan ayah. Seronok dan teruja sangat bila arwah mak cerita kenangan mereka pergi haji dan umrah dulu.sampai setiap masa dalam doa solat saya titipkan Allah berilah saya peluang utk buat umrah bersama mereka. Namun takdirNya,ibu dan ayah saya dijemput Allah lebih awal dan peluang itu tiada..saya redha.
Tahun 2011 menjadi kenangan manis dalam hidup apabila suami mengajak saya mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mertua..Alhamdulillah Allah izinkan saya pergi dengan mak abah mertua yang sangat baik.subhanallah..
Dan impian saya sekali lagi saya nak bawak suami dan anak-anak serta mak abah ke sini..mengerjakan ibadah umrah dan ziarah ke Turki. Tak puas rasanya kali pertama dahulu..dan saya nak buat umrah lagi buat arwah mak ayah saya kt sana.
Impian nak ziarah sekali Turki yg menjadi nadi pusat kegemilangan islam dahulu..melihat tempat sejarah,masjid2 unggul dan pelbagai tempat menarik lagi di sana.
memang banyak kos perbelanjaan dan tika ni masih belum cukup.saya perlu berkerja keras lagi..ya bukan sedikit usaha! Saya berharap sedikit sebanyak usaha saya berbusiness dengan shaklee ni dapat bantu realisasikan impian ini..
Saya berharap sangat kali ni dapat bawak 2 orang puteri solehah saya bersama.Semoga menjadi inspirasi untuk rajin solat dan membuat amal kebaikan dari kecil lagi dan mengenal sejarah kegemilangan islam..
dan juga hadiah buat suami tercinta atas pengorbanan dan kerjasama bersama 10 tahun dan hari2 mendatang😀
Impian besar,cita2 besar,usaha pun perlu besar.semoga Allah murahkan dan luaskan rezeki untuk kami sampai ke sini bersama seluruh ahli keluarga tercinta dalam masa terdekat.insyaallah..doakan ya semoga impian saya terkabul.amin
No comments:
Post a Comment