Dec 31, 2013

Cara atasi masalah sembelit ketika hamil dan berpantang

Masalah sembelit memang biasa berlaku ketika hamil.Hampir kebanyakan ibu hamil mengalami masalah ini.



Ada banyak faktor yang menyebabkan ibu hamil mengalami sembelit seperti pemakanan kurang serat(fiber),stress,kurang pergerakan fizikal dan juga disebabkan oleh hormon progesteron.Pil zat besi juga boleh juga menjadi punca kepada sembelit.


Oleh itu,berhati-hati ketika menga,bil pil ini dan berbincanglah dengan doktor.Wanita hamil juga di galakkan untuk minum air kosong secukunpnya untuk mengelakkan dehidrasi dan juga sembelit.




Antara tips untuk mengurangkan sembelit adalah

-Banyakkan pengambilan serat seperti cereals,oat,kekacang,sayur-sayuran dan juga buah-buahan
- Minum air sebanyak 3 liter sehari
- Melakukan senaman ringan seperti berjalan,menunggang basikal exercise.

Selain itu,supplemen juga amat penting ketika ibu hamil.Saya cadangkan anda mengambil ostematrix shaklee yang boleh membantu proses pelawasan setiap hari.


Alhamdulillah sepanjang hamil dan ketika berpantang,saya memang langsung tiada masalah sembelit ini.Malahan ketika berpantang,seawal hari pertama lagi saya sudah boleh ke tandas untuk membunag air besar tanpa sebarang masalah.Pengambilan ostematrix juga amat penting untuk pembekalan kalsium secukupnya untuk ibu dan bayi.







Antara testimoni pengguna yang telah mengambil ostematrix :



Ikuti pengalaman Puan Khadeejah yang sebelum ni serik untuk berpantang kerana masalah sembelit ni..Namun setelah beliau mencuba sendiri Ostematrix ni semasa berpantang anak kedua,amazing sungguh mudah rupanya atasi masalah sembelit ni..


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Jika anda mengalami masalah sama,cubalah pil kalsium ini.Semestinya selamat di ambil ketika hamil,senang ditelan kerana langsung tiada bau,tiada campuran bahan perisa,pewarna atau pengawet.

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan dengan harga diskaun,hubungi saya untuk konsultasi cara makan dan tawaran harga menarik.


COD area Sungai Ramal kajang,Uniten,Bangi,Mines

Pos laju ke seluruh Malaysia
ID: 889806




Dec 28, 2013

Resepi untuk Ibu Dalam Pantang

Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi ke 4 pada 17 Disember lepas..Puteri comel anugerah terindah lahir  tepat jam 12.30 pagi..

since sekarang dalam pantang,sudah hari ke 11..alhamdulillah saya semakin sihat dan bayi saya pun alhamdulillah tidak terkena jangkitan kuning...

Saya nak share resepi untuk ibu-ibu dalam pantang..Ada sesetengah ibu memang mendapat jagaan rapi dari mak atau mak mertua masing-masing..Dapat hasil masakan dari orang-orang berpengalaman dan ibu-ibu memang sangat best.Alhamdulillah saya mendapat hasil air tangan suami sepanjang tempoh berpantang kali ini memandangkan saya berpantang sendiri di rumah tetapi saya tidak ambil mudah kerana berpantang sendiri lagilah amat penting jagaan sebab kalau sakit sendiri tanggungkan..so pandai2la jaga ye ibu-ibu dalam pantang :-)

saya share sedikit sebanyak resepi saya sepanjang berpantang kali ni dan sebelum-sebelum ni..Memang sedap jugak lauk ibu-ibu dalam pantang ni:-)

Resepi istimewa suami untuk saya mestilah sup ikan haruan..Sup ikan haruan amat bagus untuk membantu memulihkan luka-luka dalaman atau luka episotomi..Pastikan dapat makan sup ni 2,3 kali dalam pantang,Insyaallah luka akan cepat baik.


Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


Sup bening sawi

Masakan paling popular untuk mengelakkan dari sembelit.Walau puas jemuh kata org ganu,tapi amat bagus untuk sistem penghadaman.Letak lada hitam banyak sikit bagus untuk panaskan badan ketika berpantang.

Paling senang letak air,letak bilis,sawi,garam+lada hitam ditumbuk halus..Makan nasi panas2 dengan sup ni dan ikan bakar pun sedap.


SUP AYAM

Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.


SUP KENTANG

Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak.

Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati Sup Kentang yang dicampurkan dengan Suun dan ikan bilis.

Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.


DAGING BAKAR
Bahan-bahan
300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.


Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri @ apa sahaja ikan yg tidak berbi
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Ikan Gelama Masak Asam

Bahan:

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Cara:

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

Kucai goreng kicap

Bahan:

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Sayur bening air bayam - bagus untuk tambah darah (tinggikan HB)

Masukkan air,sayur bayam,bawang besar dan sedikit bilis.Makan dengan nasi panas-panas..


selain dari resepi-resepi di atas,ibu-ibu juga boleh makan halia goreng yg di potong halus2 dan bawang goreng..letak siap2 dalam bekas tupperware..bila nak makan nasi,tabur je halia dan bawang goreng ni..sedap rasanya sebab ada crunchy2..


Selain itu,antara makanan2 lain yg boleh di makan:

* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.

* Sayur-sayuran seperti bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.

* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.

* Makanan bijirin seperti oats, empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe & tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.

* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.

* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen set bersalin shaklee,boleh rujuk di sini


Set bersalin pilihan ibu Malaysia




Dec 24, 2013

Pelbagai khasiat omega guard shaklee

sempena promosi omega bulan ni,saya nak share sedikit pelbagai kebaikan omega guard shaklee ni.
Ramai yang merebut peluang omega bulan ini kerana harganya sangat-sangat runtuh dan jimat.

Omega Shaklee di buat dengan begitu sempurna dengan penyulingan 3 berperingkat secara semulajadi.Omega suard ini di buat daripada ikan bukan hati ikan yang boleh menyebabkan kesan toksik dalam badan..

Jadi berhati-hatilah jika anda membeli minyak ikan di pasaran.Pastikan anda memilih minyak ikan yang asli bukan yang diproses dari hati ikan ya!!



Antara kebaikan omega untuk kesihatan:

  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Mengurangkan risiko strok
  • Membantu merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Membantu melegakan kesakitan sendi dan memberi kelembutan kepada sendi
  • Merendahkan tekanan darah
  • Bagus untuk ibu hamil untuk pembentukan IQ bayi
  • Bagus untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah

Siapa yang boleh mengambil omega shaklee?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun keatas
  • Penghidap darah tinggi,kolestrol tinggi,diabetes
  • Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Mereka yang ingin kehidupan lebih sihat



Testimoni pengguna yang telah mengambil omega shaklee:





Jika anak anda sering demam /selsema atau menghidap asma,boleh amalkan pengambilan omega ini.Insyaallah boleh mengurangkan masalah di hadapi.

Lagi Testimoni Omegaguard

Buat anda di luar sana,jom dapatkan supplemen omega ini dengan harga diskaun hebat.

Hubungi saya untuk mendapatkannya dan konsultasi cara makan ekslusif untuk anda.




    Dec 12, 2013

    Set kehamilan Shaklee untuk ibu kekal Cergas Bertenaga

    Ramai ibu ketika hamil sangat mudah letih dan lesu..apatah lagi jika turut sama membantu suami mencari rezeki halal di luar dan pada masa sama perlu menguruskan anak-anak kecil di rumah..

    Alhamdulillah,saya kini sudah masuk minggu ke 39, minggu terakhir kehamilan..Memang terasa sangat pantas masa berlalu dan lagi seminggu insyaallah si kecil ini akan menjengah dunia..

    Sepanjang hamil kali ni saya memang sedikit 'luar biasa'..Wah apakah itu? Saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang kehamilan anak ke 4 ini..

    Saya hamil kali ini ketika anak ketiga saya berusia 1 tahun..Subhanallah perancangan Allah amat hebat buat saya..Walau saya dah merancang@planning family dengan sebaiknya,tapi DIA masih anugerahkan saya amanah berharga ini..Maha suci Dia yang Lebih Mengetahui yang terbaik untuk hambanya..Saya menerima berita ini dengan hati begitu berat pada mulanya..kerana saya masih merasa seksanya dan sakitnya proses kelahiran anak ke3 yang lepas dan juga saya masih ingat lagi ibu mertua meminta saya jarakkan sedikit anak2 ni memandangkan anak-anak tengah nak membesa.Namun,hubby banyak bagi sokongan dan beri teguran positif kepada saya..owh insaf kejap..Allah dah hadiahkan yang terbaik untuk saya kenapa perlu saya menolaknya?

    Saya mengamalkan dan mengambil set shaklee sepenuhnya kehamilan kali ini..Apa yang saya consume?

    ESP,Vitalea,Ostematrix,Vitamin C dan B Complex ( ni lepas dah 5 bulan sy makan kadang2 je),Omega Guard






    Apa yang saya rasa sepanjang mengambil set ini?

    • Kawan office pun ramai tegur saya cergas bertenaga seperti tidak mengandung.Boleh turun naik office tingkat 4 kalau ada training program.Saya masih boleh mendaki tangga 4 tingkat ketika usia kandungan 9 bulan..Subhanallah..
    • Alhamdulillah sepanjang hamil, Saya masih boleh menyusu anakanda bujang sehingga usianya 1 thn  7 bulan hampir setiap malam..
    • saya masih mampu dukung umair ketika dia meragam ketika saya 9 bulan (turun naik tangga kat rumah).
    • Lebih cergas dan bertenaga.Balik rumah saya masih mampu membuat kerja rumah.Ujian saya ketika kehamilan 37 minggu maid saya berhenti,saya uruskan semua kerja rumah-masak waktu malam dan pagi untuk bekalan ke opis,basuh baju,jemur baju,lipat baju,layan anak2 dll
    • Jarang kejang atau sakit kaki..Owh masih hamil anak ketiga hampir setiap malam saya mengaduh kesakitan terkena kejang /cramp ni..
    • Masalah sembelit langsung tidak ada.Setiap pagi memang sangat lawas :-)
    • Tiada masalah HB rendah,kencing manis dll

    Alhamdulillah..Semuanya dengan IzinNya..

    Jadi jika anda sedang hamil,memang saya high recommend anda untuk set ini..Insyaallah sedikit sebanyak membantu untuk kekal cergas walau banyak kerja di rumah dan pejabat.

    Lain-lain testimoni:










    Jom ibu-ibu hamil yag cantik dan anggun,dapatkan supplemen semulajadi ini untuk kesihatan diri dan bayi
    Mendapat kelulusan HALAL JAKIM dan kelulusan KKM..

    Dapatkan dari saya dengan harga SPECIAL..

    Saya pasti anda juga mahu kekal cergas sepanjang hamil..

    Hubungi saya segera untuk harga yang super istimewa.

    Sms/whatsapp: 016 358 9018 (sue)
    FB: impianz shoppe

    COD: uniten,Mines,Bandar Baru Bangi
    POS LAJU seluruh Malaysia


    Pelbagai fungsi Omega Shaklee

    Tawaran hebat omega guard datang lagi...beli 6 dapat percuma 1..

    Hari ni saya nak share kelebihan omega guard shaklee ni dan kenapa anda perlu mengambilnya..

    Apa yang perlu anda tau mengenai omega guard shaklee?

    Apa kelebihan Omega Shaklee berbanding omega lain di pasaran?

    • minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA yang paling tinggi, membekalkan 900mg EPA dan DHA. 
    • Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia, kerana diperbuat dari ekstrak ikan laut air sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.
    • 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Ini kerana sumbernya dari ikan asli bukan dari hati minyak ikan.


    Siapa perlukan omega?

    Pelbagai kebaikan Omega Guard Shaklee:

    ♥♥ Ibu hamil
    - Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
    - Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
    - Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
    - Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

    ♥♥
    Ibu menyusu
    - Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak
    serta perkembangan otak.
    - Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

    ♥♥ Kanak-kanak
    - Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
    - Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
    - Memperkuatkan sistem imunisasi badan

    ♥♥ Mereka yang mengalami masalah berat badan
    - Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
    - Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera


    Omega juga amat bagus untuk kanak-kanak..



    Pelbagai kelebihan omega:
    1. mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
    2. berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
    3. menghalang salur darah dari tersumbat
    4. mencegah strok
    5. mengawal tekanan darah pada kadar normal
    6. mengurangkan ketegangan urat leher
    7. merendahkan serangan sakit kepala
    8. mengawal kolestrol dalam badan
    9. mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
    10. mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
    11. menurunkan berat badan
    12. mencegah masalah obesiti
    13. risiko sakit jantung berkurangan
    14. mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
    15. membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
    16. menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
    17. menyihatkan paru-paru
    18. meningkatkan kadar memori seseorang
    19. mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
    20. mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
    21. memperbaiki masalah buah pinggang
    22. menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
    23. meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
    24. meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
    25. menyokong kesihatan sendi-sendi badan
    26. mengelakkan penyakit gout
    27. memperbaiki masalah autism
    28. mengelakkan insomnia
    29. mengawal emosi
    30. memelihara kesihatan jantung
    Pelbagai testimoni pengguna:






    Jom dapatkan omega dengan harga lebih jimat dan promosi bulan ni..Sangat2 berbaloi..boleh digunakan seisi keluarga.




    Dec 1, 2013

    PELBAGAI MANFAAT VITA C PLUS SHAKLEE

    Ramai yang anggap vitamin C hanya berguna untuk kecantikan sahaja.Apa yang perlu anda tahu mengenai vitamin C?

    Terdapat pelbagai jenis vitamin C di pasaran.Ada yang 100mg,500mg,1000mg dan lain-lain.Pelbagai jenama  vitamin C juga boleh di dapati di pasaran.

    VItamin C Atau ascorbic acid di galakkan untuk di ambil dalam bentuk buah-buahan atau sayur-sayuran.berbanding dalam bentuk supplemen.Namun dalam keadaan sekarang,ramai yang tidak sempat untuk mengambil pemakanan yang seimbang dan mengamalkan pengambilan buah setiap hari.Oleh itu,amat penting agar tubuh badan kita mendapat bekalan vitamin C yang mengcukupi setiap hari,maka ambillah dalam bentuk supplemen yang lebih mudah berbanding dengan langsung tidak mengambilnya.

    Risiko kekurangan pengambilan vitamin C adalah:

    - penyakit skurvi
    - Gusi mudah luka dan berdarah
    - Mudah diserang selsema
    - Kulit kering
    - Stress
    - Sakit sendi

    Pastikan anda memilih vitamin C yang mengcukupi untuk keperluan badan.Pilihlah vitamin semualajadi dan mengandungi bioflavonoid yang membantu proses serapan lebih baik dalam badan kita.

    Vita C Plus 500mg Shaklee adalah antara pilihan yang boleh anda ambil.Kelebihan Vita C ini adalah:

     Vitamin C ini natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 

     Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 

     Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C

     Sekiranya anda mengambil secara berlebihan,ia akan disalurkan melalui pembuangan urin

     Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan badan.


    Jom dapatkan dengan ahrga mampu milik dan sangat-sangat jimat.Boleh bertahan sehingga 6 bulan bagi 1 botol dan boleh di guna seisi keluarga.

    Harga 1 botol RM92.50.untuk mendapat harga lebih murah jom PM saya rakan shaklee anda.

    Hubungi saya melalui SMS/whatsapp atau melaui FB:


    Nov 19, 2013

    Nak kulit cantik dan sihat?

    Anda menghadapi masalah-masalah kulit di bawah?

    • Kulit Kusam
    • Kulit Kering
    • Terdedah kepada cuaca yang terlalu sejuk atau panas
    • Tidak berseri
    • Kulit berminyak
    • Berjerawat
    • Spot-spot Hitam
    • Jeragat
    • Warna Kulit Tidak Sekata
    • Kulit Kasar
    • Mudah terkena alahan
    • Kemerahan pada kulit
    • Radang Kulit
    • dan lain-lain masalah kulit


    Kulit cantik dan sihat idaman semua kaum wanita..Siapa tak nak kulit cantik dan glow kan?



    Mesti semua nak sentiasa kelihatan muda jelita walau usia dah masuk 30 atau 40 series..yang penting jangan nampak tua sebelum usia sebenar..

    Jom saya kenalkan set vitamin semulajadi untuk kelihatan kekal gebu dan cantik.

    1) Vitamin E

    • Dikenali sebagai vitamin Cinta..phewitt
    • Bagus untuk menghilangkan parut dan jeragat
    • Melindungi kulit dari sinaran UV
    • Menjaga kelembapan kulit
    • Menghapuskan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel
    • Menjaga kesegaran kulit

    2) Vitamin C @ Vita C Plus

    • Melindungi tubuh dari kesan pencemaran
    • Melindungi tubuh dari serangan dan jangkitan selsema serta dapat meningkatkan imuniti
    • Membantu mengurangkan tahap kolestrol,tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis
    • Menggalakkan penyembuhan luka,melindungi dari pembekuan darah 
    • Merawat jangkitan saluran kencing
    • Memainkan peranan dalam pengeluaran kolagen dan membantu mencegah penuaan pra-matang
    • Mencerahkan kulit
    • Membantu menjaga kekenyalan kulit,kelenturan serta kehalusan kulit

    3) B Complex


    • Di kenali sebagai vitamin 'beauty'
    • Sebagai agen pelembap
    • Membantu mengatasi pigmentasi dan jerawat
    • Membantu mencegah stress
    • Melambatkan tanda penuaan





    Jom baca testimoni pengguna set kecantikan ini:-)









    Untuk kesan lebih umpp dan lagi hebat,anda boleh add on ESP dan juga GLA Complex


    Harga set ini adalah RM285 dan boleh bertahan selama 4 bulan tau..1 bulan lebih kurang anda membelanjakan untuk kesihatan dan kecantikan diri sebanyak RM 71.25 sahaja..

    Tetapi jika anda ingin harga lebih2 jimat boleh segera hubungi saya.Saya bagi harga lebih jimat dan tawaran lebih hebat dari harga di atas.



    Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai set ini atau berminat boleh hubungi saya untuk pesanan..Penghantaran COD di Mines,Uniten,Kajang dan Bangi serta pos laju ke seluruh Malaysia

    ATAU 

    sekiranya anda ingin membuat pembelian sendiri boleh di sini ya : pembelian set kecantikan shaklee







    Nov 8, 2013

    Set kesuburan Shaklee

    Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.Sepatutnya ini tidak boleh berlaku.Kedua-dua pihak perlu lah buat pemeriksaan dan rawatan untuk ketahui punca sebenar dan tentukan tahap kesuburan.

    Punca masalah kesuburan kaum wanita:
    • Masalah Ovulasi - ketidak seimbanagn hormon wanita
    • Masalah pada rahim - terdapat masalah fibroid/cyst
    • Gangguan hormon - telur tidak matang
    • Masalah Tiub Fallapio tersumbat
    • Endometriosis

    Punca masalah kesuburan kaum lelaki:
    • Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma

    • Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat

    • Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi

    Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 
    • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

    • Amalkan makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan

    • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

    • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma

    • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari

    • Pakai seluar dalam longgar

    makanan berkhasiat yang diperlukan:

    • Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

      Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.


    • Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 

      Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda


    • CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 

      Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

    Makanan semulajadi yang baik:

    • Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 

      Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.


    • Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 

      Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.

    • B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma 
      Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.


    • Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

      Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.


    • L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.



    Dalam Shaklee,terdapat set kesuburan yang boleh di cuba oleh pasangan.Kita hanya boleh berusaha dan merancang,selebihnya Allah yang menentukan..Tetapi Alhamdulillah set ini memang dah di ambil oleh beberapa pasangan dan dengan izinNya berjaya hamil..


    Set Kesuburan Shaklee:

    Set untuk isteri - Vitalea, B complex, Vita C,Alfafa, GLA 

    Set untuk suami -  Vitalea, B complex, Vita C,Zinc Complex dan Vitamin E







    Testimoni yang telah berjaya hamil:







    buat pasangan yang inin cahayamata,banyakkan istighfar dan baca doa nabi zakaria..Insyaallah dengan usaha,doa pasti akan ada rezeki sinar cahayamata buat anda..

    Saya doakan anda yang masih menunggu rezeki cahaya mata agar cepat hamil dan berjaya.Jika anda berminat untuk set di atas,boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.Konsultasi percuma,harga istimewa dari harga pasaran khas untuk anda.

    Hubungi saya rakan pengedar shaklee..COD area bangi,kajang,mines dan uniten serta pos laju ke seluruh Malaysia.