Sep 23, 2016

Cara Tangani Stress dan Hidup Bebas daripada Penyakit Merbahaya


[Stress oh stress.]

Nak pergi kerja stress dengan jalan jammed

Dah sampai opis stress dengan kerja-kerja menimbun
Balik rumah, kain menimbun, rumah tunggang-langgang tak sempat nak berkemas.




arggh...stress sungguh..Pernah tak anda alami situasi ni? 


Dulu-dulu kisah saya pernah seperti ini. Lagi-lagi berkerja sebagai programmer yang perlu mengadap coding sistem (pengaturcaraan). Rasa macam mau menanges je dalam tandas opis..Stress sehingga tekanan darah saya tidak stabil. Naik tidak mahu turun..Sape tidak risau bukan?


Bila saya baca entry pengalaman as programmer yang lepas tersenyum balik. Boleh bayangkan diri saya yang kusut masai duk mencari solution terbaik untuk siapkan kerja~~


Memang bahaya stress jika tidak berjaya di tangani boleh mengundang kesan buruk kepada diri sendiri. 



  • Tekanan darah tinggi
  • Pembuluh darah sempit boleh menyebabkan risiko stroke
  • Muka berkerut boleh cepat tua
  • Perasaan Down
  • Lemah lesu
  • Kemurungan
  • Tekanan perasaan
  • Migrain
  • Sembelit
  • Masalah kulit akan menjadi semakin teruk ( jerawat)


dan sudah pasti orang sekeliling juga merasa tempiasnya terutama anak-anak dan suami.


Stress memang tak boleh berpisah dengannya..Lumrah kita sebagai manusia memang takkan lari daripada stress. Cuma kita perlu tanganinya dengan sebaik mungkin. Perkara PERTAMA perlu di lakukan bila stress adalah BERTENANG:-)


Ok,sebelum tu boleh baca dulu beberapa entry lepas saya ada tulis mengenai stress ini.



10 tips tangani stress dengan mudah


5 cara tangani stress dengan pantas



Hari ni saya ada baca beberapa tips lain daripada sharing kawan-kawan di FB untuk menguruskan stress dengan baik. 



1) urutan pada telinga
  • Ini akan membebaskan endorfin dlm otak dan buatkan kita rasa tenang

2) Telefon ibu
  • Bercakap dan bersembang dengan ibu boleh membantu mengurangkan stress di hadapi, Saintis mndapati bahawa mendengar suara ibu boleh mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yg menyumbang kepada rasa tenang

3) Menghidu epal



  • Bunyi mcm pelik kan.Tapi sebenarnya mghidu epal atau buah-buahan sitrus boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan

4) Rewards diri dengan makanan kesukaan seperti kek,aiskrim dan lain-lain


5) Melakukan urutan dapat melegakan stress





6) Pengambilan suplemen seperti B Complex dapat membantu mengurangkan stress.



  • Dalam B Complex ada kandungan vitamin B6 yang membantu penghasilan hormon serotonin (hormon gembira = penenang). 
  • Studies have found Vitamin B helpful in treating anxiety disorders, particularly agoraphobia and obsessive thoughts.")




B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 Vitamin B iaitu :
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B3
Vitamin B5
Vitamian B6
Vitamin B12
Asid Folik
100% Biotin


Manfaat lain B Complex : 


  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.



1 botol B Complex mampu milik untuk semua. Hanya RM53.75 untuk 120 biji.Boleh makan sehingga 4 bulan.Jimatkan!. Memang vitamin wajib ada bagi semua untuk mengurangkan stress setiap hari:-)



Amalan Rohani Mengurangkan Stress



Apapun masalah kita hadapi,sebagai muslim mestilah kita back to basic. Banyakkan menangis kepadaNya, baca al quran ,berzikir dan selawat. Yang ni insyaallah memang ubat mujarab paling berkesan selain daripada tips-tips di atas.



Semoga kita di beri kesihatan baik selalu dan dapat handle stress dengan sebaik-baiknya.


No comments:

Post a Comment