Amalan Berpantang sangat di titikberatkan oleh nenek moyang kita dan tradisi melayu.Ia amat penting demi memastikan ibu sentiasa sihat dan tidak alami kesakitan di kemudian hari. Namun,ramai ibu hari ini mengambil mudah soal berpantang ni..Bayangkan ketika raya baru-baru ini,ramai yang 'kelek' bayi yang masih belum berusia 40 hari..Huhu,ngeri pula saya bayangkan perjalanan mereka dalam suasana jalan yang sesak..Walau berpantang makan,namun pemakaian,cara berjalan langsung tak seperti dalam orang berpantang.Mungkin tidak rasa sakit hari ini,tapi kesannya pasti akan rasa selepas 2,3 bulan paling awal nanti. Ada customer mengadu badannya sering penat,sering sakit pinggang dan pelbagai lagi.Ya!mungkin salah satu kesan akibat tidak berpantang sebaik-baiknya.
Memang dalam pantang sangat membosankan tetapi ia adalah masa terbaik untuk ibu berehat sepenuhnya.Ambil peluang masa yang ada untuk menjadi 'permaisuri'..Seronokkan di belai,dimanja,,.paling sedikit 40 hari,paling lama ada 100 hari untuk berpantang sebaik-baiknya.Bukan orang lain yang susah,diri sendiri juga yang susah jika ada apa-apa masalah berlaku..itu yang perlu di fikirkan sebelum ingin 'melanggar pantang' ya!
Sekarang mungkin kita rasa berpantang tu tak penting..Namun nasihat orang-orang tua supaya kita rajin berbengkung,berparam,berpilis,makan jamu,bertungku,jalan perlahan-lahan,duduk bersimpuh,pakai stoking semuanya ada kebaikan dan sebab.
10 Petua Elak Rahim Jatuh:
- Berpantang dengan betul dan jangan 'malas-malas' nak berbengkung,bertungku dan membuat perkara yang perlu bagi ibu dalam pantang,
- Ambil makanan berkhasiat untuk bekalan tenaga,ia membantu mempercepatkan kesihatan dan paling penting cukup zat seimbang untuk penghasilan susu untuk bayi
- Ambil set berpantang yang terbaik,Bukan sahaja luaran nak baik,yang penting bahagian dalaman juga dapat di rawat sebaik-baiknya.Luka dalaman sangat penting untuk dipulihkan. Set bersalin untuk dalaman ni sangat penting bagi memulihkan luka,menguatkan otot pelvik,memberi tenaga dan mengelakkan masalah meroyan dan stress. Untuk set rawatan luaran,ibu boleh memilih untuk memakai param,pilis,cucian herba dan pelbagai lagi yang boleh juga dibeli secara 'loose pack'
- Pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit yang sering terjadi di kalangan ibu lepas bersalin. Pengambilan buah-buahan,sayur-sayuran dan makanan berserat boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Elakkan meneran sehingga 15 minit di dalam tandas sehingga boleh menyebabkan risiko buasir yang lebih merbahaya.
- Senaman kegel amat penting selepas bersalin untuk memulihkan luka episotomi dengan cepat,menguatkan otot-otot pelvik dan mengelakkan masalah faraj longgar
- Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.
Pemakaian girdle/sut pelangsingan badan juga dapat membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik semasa dalam pantang
Elakkan berdiri terlalu lama terutama para guru,nurse,jurutera dan sesiapa sahaja yang suka berdiri, Sesekali lunjurkan kaki di atas bangku.
Elakkan mengangkat barang-barang berat sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan pertama kecuali berat bayi kita sendiri
Kesan Buruk Apabilan Peranakan Jatuh
Terdapat beberapa kesan buruk yang dialami oleh seseorang wanita apabila berdepan dengan masalah peranakan jatuh:
Gangguan kencing
Kebanyakkan wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse akan berdepan dengan masalah sukar untuk membuang air kecil ataupun terlalu kerap kencing. Malah wanita tersebut juga akan berdepan dengan masalah sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang memberi tekanan ke bahagian perut, contohnya ketawa.
Gangguan hubungan kelamin
Apabila peranakan jatuh, akan berlaku kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj. Ini akan mengakibatkan kenikmakan melakukan hubungan intim menjadi terganggu.
Sakit pinggang dan tidak selesa
Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seseorang wanita kerap merasa seperti ada sesuatu terkeluar dari farajnya. Keadaan ini akan membuatkan seseorang wanita itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi selepas berjalan atau berdiri untuk tempoh yang lama. Peranakan yang jatuh akan turut menarik otot-otot disekitarnya, malah urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik dan mengakibatkan masalah sakit pinggang yang agak menyakitkan.
Gangguan kesihatan
Sekiranya masalah peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu berada pada peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim telah terkeluar, akan menyebabkan pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka sebegini akan mudah dijangkiti kuman dan boleh mengakibatkan masalah keputihan atau pengeluaran lendir yang agak banyak dan membimbangkan.
Wanita harus tahu bahawa proses kehamilan dan kelahiran memang akan melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan, lebih-lebih lagi tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini tidak dapat dielakan tetapi wanita yang telah melahirkan anak perlu tahu betapa pentingnya untuk mengamalkan latihan menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan selepas kelahiran penting untuk mencegah masalah peranakan jatuh atau rahim terkeluar.
Semoga ibu-ibu dapat berpantang dengan baik dan dapat bersabar ketika dalam pantang, Pemulihan luka dan membaikpulih dalaman bukan mengambil masa sehari dua, Jadi sangat penting untuk banyakkan bersabar,dan berdisiplin ketika dalam pantang untuk kesihatan terbaik di masa hadapan.
Rahsia kurus selepas bersalin sehingga turun berat 20KG!!