Pages - Menu

Jul 31, 2015

Tanda-tanda Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil dan Cara Mengatasinya

Kencing kotor semasa hamil adalah salah satu penyakit kerap berlaku.Perubahan hormon dikalangan ibu selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya terkena jangkitan ini. Seksanya terasa apabila ingin membuang air tetapi tak dapat keluar. Lagi teruk apabila terasa hangat di tempat tersebut dan paling kronik apabila buang air dah keluar darah.




Punca-punca Kencing Kotor

Apabila doc maklumkan awak ada masalah kencing kotor ni terasa kenapa benda ni boleh berlaku kat aku ya? Ada tersalah minum ape-ape ke?  Sebenarnya ada beberapa faktor kenapa ia berlaku kepada ibu:

  • Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
  • kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). 

Tanda-tanda ibu alami Kencing Kotor:
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.

Doktor sangat menitikberatkan hal ini kerana jangkitan kuman boleh merebak pada seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Jadi ibu tidak boleh memandang ringan masalah ini dan membiarkannya berlarutan. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan sama dan boleh berisiko untuk kelahiran awal dan kelahiran bayi pramatang. Jadi hati-hati ya ibu semua..Jika alami tanda-tanda di atas,cepa-cepat membuat rawatan agar tiada perkara tidak di ingini berlaku.



Cara Atasi Masalah Kencing Kotor:
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.Walau kerap ke tandas membuang air,ia sangat bagus untuk keluarkan air kencing kotor ni
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh jika ingin membuang air dan jangan menahan kencing terlalu lama
  3. Jaga kebersihan diri.Lap vagina dari depan ke belakang, untuk menjamin kebersihan vagina
  4. Ibu digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami.Jika alami masalah kencing kotor ni,elakkan bersama sementara waktu
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria
  7. Kurangkan makan makanan manis dan minuman berkafein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,garlic dan zinc untuk membantu melawan kuman dan bakteria
  9. Rebus air barli dan minum airnya. Insyaallah ia membantu mengatasi masalah ini.
  10. Pengambilan air cranberry juice. Cari di farmasi ya
Cranberry juice yang enak

Kebiasaan doktor akan berikan antibiotik,jadi habiskan makan antibiotik tersebut di samping mengamalkan dan mengikut saranan di atas, Insyaallah dalam tempoh seminggu akan bertambah baik.

Walau dah baik nanti,jangan lupa pengambilan air kosong 2,3 liter sehari ya. Kencing kotor boleh berulang semula dan seksa sangat kalau terkena masa akhir-akhir kehamilan..Letih dan lesu di buatnya berulang alik masuk toilet.

Saya doakan ibu-ibu alami masalah ini cepat sembuh dan jaga kebersihan diri selalu..Take care:-)


No comments:

Post a Comment