Pages - Menu

Jul 30, 2015

Kebaikan B Complex untuk Ibu Hamil dan Ibu Berpantang

B Complex adalah gabungan beberapa vitamin B yang sangat penting kepada kesihatan kita. Ibu hamil,berpantang dan menyusu sangat di galakkan mengambil vitamin B secukupnya..Kebaikan vitamin B untuk ibu hamil,ibu berpantang dan ibu menyusu sangat penting dalam mengekalkan kesihatan lebih baik,

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex


Ibu-ibu akan alami tanda-tanda berikut sekiranya kekurangan vitamin B dalam badan:

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

Kebaikan B Complex:





Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..

Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram


Kesemua manfaat dan kebaikan ini boleh ibu-ibu dapati dengan pengambilan B Complex. Lebih istimewa B Complex telah di sertakan sekali Asid Folic. Asid Folic ni adalah vitamin B9 dan sangat penting dalam pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna. 



Bahaya kekurangan vitamin B9 atau Asid Folic

Kekurangan asid folic boleh menyebabkan risiko kecacatan bayi termasuk otak. Sangat penting ibu hamil mengambil B complex ni sebaik sahaja mengetahui hamil. Seelok-eloknya di ambil ketika minggu-minggu awal kehamilan.




Satu kajian yang dikeluarkan pada 2007 menunjukkan, wanita yang mengalami kekurangan vitamin B (khususnya B6) susah untuk hamil, dan jika boleh hamil pun mereka akan mudah keguguran. 
*kajian ke atas 300 wanita china selama setahun*

Bakal ibu yang yang ada masalah genetik, kekurangan vitamin B12 semasa awal kehamilan, akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat masalah jantung kongenital. *Kajian Jurnal Genetic and Metabolisme*

Bagi ibu berpantang dan menyusu, B Complex membantu ibu memberi hormon gembira,mengelakkan tekanan dan stress sekaligus memberikan kesihatan terbaik.

Pengambilan B Complex dapat melegakan tekanan dan merawat stress


Keistimewaan B Complex:

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. 

Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Pengambilan B complex seeloknya di mulakan sejak sebelum hamil lagi, iaitu semasa anda dan suami merancang untuk memiliki cahaya mata. Ia bukan sahaja baik untuk ibu malah boleh di ambil oleh lelaki dan perempuan dewasa bagi membekalkan keperluan vitamin B mengcukupi dalam badan.


Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B, dan asid folik sebanyak 200mcg. Ia BEBAS perasa, pemanis, pewarna dan pengawet, juga bebas gluten.



No comments:

Post a Comment