Pages - Menu

Jul 31, 2015

Tips Ibu Bapa : Cara Mengajar Anak Sendiri Kemahiran Berbahasa

Semua ibu bapa inginkan anak pandai berbahasa inggeris atau bahasa lain dengan mudah.Kebiasaan,anak-anak akan di hantar ke kelas atau ada guru yang mengajar mereka.

Hari ni saya nak share salah satu perkongsian daripada institute NURY yang memberi teknik mudah kepada ibu bapa bagi mengajar kemahiran berbahasa kepada anak-anak di rumah.


Kaedah O.P.O.L

Salah satu cara untuk ibu bapa mengajar anak menguasai bahasa lain dengan mudah adalah dengan mengamalkan o.p.o.l iaitu one parent one language atau satu ibu/ayah dan satu language. Ibu dan ayah boleh memilih bahasa masing-masing untuk dilaksanakan dalam tempoh di tetapkan secara konsisten.
Ini bermaksud jika ibu menggunakan bahasa ibunda,ayah boleh menggunakan bahasa inggeris ketika berinteraksi dengan anak-anak.Jika di amalkan berterusan,insyaallah anak-anak akan mahir menguasai kedua-dua bahasa tanpa masalah. Kaedah ini telah di gunakan sejak tahun 1914.

Lebih menguntungkan jika ayah atau ibu mempunyai kemahiran berbahasa lebih daripada 1 dan mampu menggunakan bahasa lain seperti bahasa Arab dan lain-lain. Juga lebih menguntungkan jika ahli keluarga lain seperti atuk nenek dan makcik boleh berbahasa lebih daripada 2 bahasa asas.


Kaedah O.S.O.L

Bagaimana jika anak tidak mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kemahiran di atas? Ibu dan ayah sudah mengcukupi.

Ibu dan ayah boleh memilih satu waktu yang sesuai untuk menggunakan bahasa ketiga ini untuk berinteraksi. Contohnya antara waktu maghrib sehingga isyak,anak-anak perlu berinteraksi dlaam bahasa arab.Hanya di waktu ini sahaja bahasa arab digunakan secara konsisten.
Inilah kaedah " one situation,one language" or O.S.O.L

Anak-anak boleh di ajar daripada bayi lagi dan ia lebih mudah untuk di ajar dan di ikuti.

Semoga kaedah ini membantu kita sebagai ibu bapa untuk sama-sama membantu anak-anak menguasai bahasa ketiga:-)

No comments:

Post a Comment