Mar 3, 2015

Tahniah kepada semua calon SPM 2014

Hari ini 3 Mac adalah hari mendebarkan kepada semua pelajar SPM 2014..tahniah di ucapkan kepada semua yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Seramai 11,289 calon telah mendapat keputusan cemerlang dalam semua pelajaran mengikut laporan TheMalaysian Insider.

Sekumpulan pelajar SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bergambar untuk media selepas mengambil slip masing-masing pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 3 Mac, 2015.
wajah kegembiraan



Lebih 11,000 daripada 455,839 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof

Laporan lanjut boleh rujuk di sini

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang!! 

Bagi yang kurang berjaya,jangan sesekali putus asa.Ia bukan pengakhiran kehidupan ini.Banyak lagi peluang yang boleh di ambil dan di cuba.Yang penting jangan sesekali berputus asa dan malas berusaha..Yakinlah ada jalan terbaik dan DIA nak hadiahkan lebih baik untuk diri kita..


Tahniah jua buat anak-anak buah saya yang telah berjaya dalam SPM ini..

Sorang anak buah mendapat straight 9A. Belajar di sekolah Menengah Sains Tapah Perak.Terlopong jugakla tengok slip dia..Semua A+ kecuali A bagi bahasa melayu dan bahasa Inggeris mendapat A..Add Maths boleh dapat A+ tu..hohoo..subject killer ni zaman saya belajar dulu..nak menangis dapat A ni tau dulu..

Muhammad Luqman adalah anak pintar sejak dari kecil lagi. Ini di akui sendiri oleh mak ayahnya dan guru-guru beliau sendiri. Walau tak pernah mengambil tuisyen di luar, Keputusan peperiksaan UPSR,PMR semua straight A..Menjadi kebangaan kami adik beradik..Alhamdulillah..semoga berjaya sambung pelajaran ke luar negara nanti..Doakan impiannya tecapai ya..


2 orang lagi mendapat 5A..Syukur alhamdulillah..saya doakan mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing dan seterusnya berjaya lebih cemerlang di masa hadapan.

Tiada apa yang menggembirakan hati seorang anak apabila melihat ibubapa tersenyum gembira atas kejayaan anak-anakkan?? Hari ini saya melihat bukti kegembiraan tersebut..

Syukur alhamdulillah..



P/s: Hanya berkongsi sedikit kegembiraan di hari ini..





No comments:

Post a Comment