Mar 14, 2015

kebaikan manjakani untuk kesihatan wanita

Manjakani tidak asing lagi buat wanita.Malah ia sangat istimewa dan mengandungi pelbagai kebaikan dan manfaat untuk kesihatan diri.




Untuk wanita yang baru lepas bersalin atau kaum ibu yang mengalami masalah faraj longgar bolehlah mencuba mengambil manjakani ini untuk rawatan. Terdapat 4 petua yang boleh di amalkan oleh kaum wanita supaya 'mahkota' mereka sering terjaga dan bebas daripada masalah dalaman wanita
  • Petua 1 - Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
  • Petua 2 - Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
  • Petua 3 - Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.
  • Petua 4 - Asah sebiJi buah manjakani dan sapu serbuknya pada luka atau tempat berjahit.Insyaallah cepat pulih. Petua ini boleh di gunakan kepada wanita lepas bersalin,penghidap buasir atau mengalami luka-luka



KHASIAT MANJAKANI

Khasiat Manjakani untuk kaum wanita tersangatlah banyak. Ia sangat istimewa kerana mampu membantu atasi masalah dalaman wanita, mengatasi masalah keputihan, menghilangkan bau faraj dan pelbagai lagi.

  • Merawat otot-otot di dalam faraj - Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj -  Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu - Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini - Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit  - Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Rawatan payudara - Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalannya sangat berkesan digunakan untuk rawatan payudara.

      Selamat mencuba petua-petua di atas. Rasanya memang sedikit pahit tetapi ia sangat mujarab. Jika tak mampu minum airnya boleh masukkan sedikit madu atau boleh juga beli pil manjakani yang banyak di jual di pasaran, Namun pastikan yang asli ya..



      No comments:

      Post a Comment