Jun 14, 2014

Lagi produk kosmetik di sahkan beracun

Anda pernah semak kandungan bahan kimia produk kosmetik yang anda pakai? Pernah tak baca hydroquinone,merkuri,tretinoin dan pelbagai lagi bahan kimia yang ada dalam bahan kosmetik di pasaran.


Saya pernah ulas produk kosmetik yang telah di haramkan di Malaysia di sini : http://vithebat.blogspot.com/2014/01/produk-kosmetik-yang-diharamkan-di.html

Rupanya banyak lagi produk-produk ini di pasaran kan..Awas,jika anda sayang wajah anda,sila pastikan produk tersebut mempunyai notifikasi No yang telah di sahkan selamat di gunakan oleh KKM dan farmasi.

Pengedar atau pengeluar produk kosmetik perlu memohon kelulusan dari Farmasi Kebangsaan Malaysia untuk dapatkan lesen mengeluarkan produk ini di pasaran.Setiap produk akan di nilai bahan aktif dan kandungannya berdasarkan peratus bahan aktif/bahan kimia tersebut.Jika kandungan melebihi had yang telah di tetapkan atau mengandungi bahan-bahan bahaya ,produk tersebut akan di 'reject' dan tidak akan dapat Nombor Notifikasi.

Hanya yang lulus dan di sahkan sahaja akan berada di pasaran.Tetapi kenapa yang sudah mendapat Notifikasi No pun masih berada di pasaran dan tiba-tiba tidak selamat pula? Ini kerana ketika memohon produk tersebut,mereka mengikut prosedur yang telah di tetapkan tetapi akibat sifat tamak inginkan keuntungan cepat,pengeluar produk telah menipu kandungan bahan tersebut sebelum di edarkan di seluruh pasaran.

Menakutkan kan? saya fikir pihak berkuasa perlu sering membuat serbuan dan ujikaji atas produk-prdouk yang diragui ini.



Petikan akhbar pada 13 Jun 2014
Petikan akhbar pada 13 Jun 2014



Antara produk kosmetik yang disahkan beracun

Berhati-hatilah kita semua sebagai pengguna.Semoga kita dapat membuat pilihan yang bijak.Bukan untuk kecantikan dengan cara drastik ye..

Anda boleh semak produk kosmetik anda pakai sama ada mendapat notifikasi no atau tidak di sini : Semakan produk kosmetik di Malaysia

No comments:

Post a Comment