Jun 11, 2014

RESEPI ESP ENAK UNTUK IBU MENYUSU DAN HAMIL

Anda penggemar ESP? anda ibu menyusu dan masih menyimpan stok susu untuk bayi? sempena ramadhan yang bakal tiba ni, sangatlah penting stok susu ni..Kerana ada hari-hari yang ibu akan merasa sangat letih dan lesu apatah lagi jika cuaca panas melanda.

Untuk resepi ESP kali ni sangat mudah iaitu campuran ESP+horlick+kurma.

Resepi ESP + kurma+horlick


Cara-caranya:

Masukkan 2 sudu besar ESP , 2 sudu besar Horlick dan 3 biji kurma yang di buang bijinya. Tambahkan sedikit air masak dan blend sehingga hancur kesemua kurma tadi. Anda boleh juga tambah kimis,badam jika suka.

Selepas blend,boleh tambah air panas jika anda suka minum suam-suam atau tambahkan ais jika suka.Mudah bukan.

Resepi ini sangat sesuai untuk ibu-ibu tambahkan susu badan.Rasanya ramai tahu khasiat kurma yang amat bagus untuk tingkatkan pengeluaran susu badan.Begitu juga,ESP dan horlick yang boleh menjadi 'milk booster' untuk anda.

Bagi yang berpuasa,anda boleh minum ketika waktu sahur dan berbuka puasa.Boleh meningkatkan tenaga dan memberi kenyang dalam tempoh lebih lama.

Jom cuba hari ni!! sangat enak dan yummy!!!

Nak dapatkan ESP dari saya? boleh hubungi saya seperti berikut:




No comments:

Post a Comment