Jun 11, 2014

Kelebihan cuka epal

Anda pernah mencuba cuka epal?rasanya yang masam-masam ala-ala asam jawa amat banyak khasiatnya.Sebelum ini saya hanya pernah mendengar sahaja mengenai cuka ini dan ingatkan dia sama sahaja seperti cuka makan..Rupanya banyak khasiat cuka epal ini.Pelbagai jenis jenama cuka epal di pasaran dan harganya berpatutan.Sebotol kecil hanya berharga rm6 dan yang besar rm10 -rm15 sebotol.

Cuka epal d pasaran



Antara khasiat Cuka Epal



  1. mengurangkan simptom selsema, sakit tekak dan sakit perut
  2. menghancurkan/melarutkan batu karang
  3. membersihkan toksin dalam darah yang menjadi punca penyakit darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung. Bila darah bersih, metabolisme tubuh akan kembali normal serta mambantu memulihkan penyakit.
  4. mengimbangi Ph badan/mulut dimana ini dapat membunuh bakteria penyebab bau busuk seperti mulut dan kaki (busuk hati tidak termasuk dalam rawatan ini LoL)
  5. mengatasi nausea iaitu keresahan perut seperti rasa loya/muntah disebabkan morning sickness, mabuk laut, keracunan makanan, bulimia dan lain-lain
  6. melegakan heart burnt or chronic reflux iaitu rasa seperti terbakar atau tidak selesa di bahagian dada dan ulu hati
  7. melegakan penyakit asthma atau lelah
  8. mengatasi masalah allergi
  9. melegakan penyakit gout
  10. mengatasi diabetes atau kencing manis di mana ACV mengurangkan kadar gula dalam darah
  11. mendapatkan badan yang ideal, menurunkan berat badan kerana kandungan lechitin dalam ACV meningkatkan metabolisme lemak dan menukarnya kepada tenaga
  12. melegakan migrain dan sakit kepala
  13. menyembuhkan jangkitan sinus
  14. menstabilkan tekanan darah
  15. menurunkan paras kolestrol
  16. membunuh sel kanser atau melambatkan pertumbuhan sel
  17. melegakan masalah arthritis dan sakit yang melibatkan sendi dan sengal badan
  18. melegakan masalah senggugut
  19. mengurangkan ulser
  20. menghapuskan ruam lampin

2 hari lepas suami saya sakit tekak perit.Agaknya disebabkan pengambilan air tidak bersih dan beliau terus beli cuka epal ni di Giant.Alhamdulillah minum segelas sahaja cuka epal ni terus baik sakit tekaknya.Alhamdulillah.


Cara Minum

Anda boleh campurkan 2 sudu besar cuka epal ini dengan 8 oz air kosong /air suam.Untuk rasa lebih baik,anda juga boleh campurkan dengan sesudu madu dan minum sebelum sarapan pagi.


Kisah Nabi dan cuka

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah baginda. Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti.
Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan "Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

Jom cubalah cuka epal hari ini.Insyaallah baik untuk kesihatan dalaman seisi keluarga:-)


No comments:

Post a Comment