Apr 19, 2016

Kecewa dengan Perkhidmatan Poslaju Kota Kinabalu Sabah

Sedikit kecewa dengan perkhidmatan poslaju kota kinabalu sabah..al kisah saya poslaju suplemen customer menggunakan alamat office customer (alamat KK,Sabah). saya assume mungkin sampai 3,4 hari selepas menggunakan kurier poslaju ni since staff poslaju sendiri maklumkan dalam 3 hingga 4 hari.


Saya tanya pada customer hari ke 5 ,dia masih belum dapat barangnya..Bila cek tracking number, 'unsuccessful delivery' dan minta call hotiline poslaju 1300 300 300.. Jenuh dah duk mendial,langsung panggilan suara manis je yang duk bagitahu panggilan sibuk..Seharian duk dail hampir 10x memang nasib tak menyebelahi.

Alhamdulillah customer saya sangat memahami dan baik.Dia sanggup tunggu lagi mungkin poslaju sana akan buat delivery kedua since tiada sorry note aatau sebarang notis pun sampai di alamatnya. ,Saya cuba call phone no tertera ( ada 2 numbers(..tapi dua2 ni jugak tak berangkat.

Saya cuba tanya kawan yang tinggal di KK sabah dan dia juga makluumkan pernah alami masalah sama. Barang tak sampai,sorry note pun takde,call tak berjawab..sudahnya dia terpaksa pickup barang sendiri walau jauh dari kawasan.

Saya bukan nak jatuhkan orang lain,cuma sedikit kesal jika barang-barang tersebut benar-benar diperlukan dengan segera. Saya fikir KK adalah ibu negeri jadi sepatutnya servis perlulah mantap dan laju..Pekerja perlu effisien dan perlu ada pekerja ,kerani whatsoever yang pickup call..Kesianla kat kami yang duk mendail sepanjang hari nak tahu status terkini.

Customer maklumkan dia akan pergi sendiri pickup barang esok dan terpaksa minta cuti kerja.Alahai minta maaf ya tuan customer. Saya faham situasi di hadapi..dah bayar mahalkan sepatutnya servis mestilap mantop!!

Apapun di harap Poslaju KK lebih effisen dan cekap dalam menjalankan amanah..Paling penting dapat angkat call dan beri penjelasan baik pun sudah memadai.

Sehingga saat ini,saya masih berfikir positif dan mengharapkan staff di sana dapat pickup call untuk saya maklumkan delivery kedua di lakukan.

Semoga Allah permudahkan urusan business saya dan juga urusan semua customer-customer saya yang setia dan baik hati.




No comments:

Post a Comment