Apr 10, 2016

Happy Moment in Langkawi

Minggu lepas alhamdulillah saya sekeluarga sempat bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. En suami dah beli tiket murah AirAsia hampir setahun lamanya.Alhamdulillah kene plak time birthday saya..terima kasihla en suami yang baik hati.


Anak-anak pun sangat teruja nak naik flight ke sana. Pengalaman pertama abg umair dan adik hannah dan pengalaman kedua buat along dan kak una..tapi dulu mereka naik masa usia 1 tahun 4 bulan dan 6 bulan..memang tak ingat langsungla..so they all punyala eksaited naik flight kali ni...dan pada masa sama kami ke KLIA2 menaiki ERL..Parking kete kat sana murah je dalam RM4 sehari.Berb umbung dan selamat.

Ni kali ke 2 kami ke Langkawi. Kali pertama dulu tahun lepas naik feri. Itu pun kebetulan je pergi semasa en suami ada kursus di Penang dan kami pergi dulu tak pusing..So memang plan p kali ni memang nak naik cable car.

Seawal 4 pagi 2hb April lepas,anak-anak semua dah bangun,mandi dan bersiap-siap. Dari malam lagi,umie dah pesan kene bangun awal takut terlepas flight 7.30 pagi walau ke ERL Putrajaya tu dalam 15 minit je.Tapi dengan anak-anak kecil ni faham-faham jela kan..So better siap awal-awal.

Perjalanan ke Putrajaya memang lancar. Anak-anak dara 2 orang memang mudah,bawak beg sendiri. Hubby belikan tiket kanak-kanak untuk ERL dan kami perlu menunggu train seterusnya kerana dah berlepas. ERL ni jadual dia dalam 20 minit sekali semasa bukan peak hour..jadi lama jugakla menunggu kat ERL tu sambil layan bunyi-bunyi katak dan unggas kat tepi landasan tu..Tapi anak-anak enjoy je belajar mengenai alam sekeliling.


1st time anak-anak naik ERL. Seronok sungguh diorang. Langsung tak mengantuk,Pagi-pagi lenggang je takde orang. Diorang semua ni dah lama sangat ajak kami naik train jadi inilah masanya, Senyum memanjang sesama sendiri.

Sampai di KLIA 2,seperti biasa orang memang ramai. Tak tahulah masa bila takde orang kat sini..hehe..masa tu dah pukul 6 lebih, kami terus solat subuh dan check in.

1st time nampak kapal terbang,seronoknya anak-anak. Senyum memanjang anak bujang ummie nak naik..tak sabar-sabar diorang ni!

Dalam flight,abg umair dan adik hannah tertidur..kepenatan bangun awal sangat..Anak-anak lain enjoy makan meal diorang..Papa dah belikan sekali breakfast senang.

Sampai di Langkawi airport dalam 8.40pagi, Cuaca tenang dan orang pun tak ramai. Sementara menunggu kereta sewa tu sempatlah anak-anak duk berlari kt kawasan dalam tu..Since kereta sewa yg dah tempah tiba-tiba tak ready plak,last en suami sewa Viva dari airport situ,,banyak je agen yang ada. harga pun lebih kurang.

Cuaca makin membahang..En suami tanya ke mana kita? last-last terus ke tempat cable car /sky cab tu..Meriah sungguh kat kawasan tu..Saya ingatkan ada kawasan cable car je macam kt Genting dan Penang tu rupanya macam-macam tempat menarik lagi yang ada sekeliling tu.

Harga tiket dewasa RM35 ,harga tiket kanak-kanak RM25. Penting untuk bawak mykids ni datang bercuti tau..sebab diorang nak bukti.

Hubby ambik pakej combo sekali dengan 6D Cinema..

Combo A (SkyCab + SkyDome + SkyRex + 6D Cinema
Senarai harga tiket boleh tengok kat sini
Since tiket masuk ke SkyCab pukul 11.15 kami masuk 6D Cinemotion dulu..orang pun tak ramai dalam tu..Dapat spek mata sorang satu dan duduk diam2 atas kerusi..Masyallah memang mendebarkan movie diorang pasang tu..Memang rasa real betul..Kisah cerita perang....Memang rasa kita berada dalam zon cemas tu la..Saya duduk sebelah abg umair sambil pegang tangannya..Sesekali rasa ada air merecik..Kalau takut sangat pejam je mata..haha..serius memang real..menarik sangat..korang mai Langkawi kene masuk ni tau!!



Serius abg umair pecat lesi mukanya..Muka macam nak menangis..Terus duduk diam-diam tunggu nak naik cable car..haha..aman sikit papa ummie..kalau tak memang lincah sungguh.

Nak naik cable car punyala beratur panjang..Weekendkan..harap bukan hari cuti sekolah..kalau taklagi lama menunggu..Mat salleh ramai time ni..seronok tengok diorang enjoy datang tempat kita.

Masa naik cable car ni punyala seronok tengok view langkawi..Dengan lautan yang sangat cantik..Subhanallah..





Boleh tahan tinggi jugak..muka anak-anak pun cuak je bila sampai ke puncak..haha..serius best sangat..Cuaca pun makin membahang..Kami hanya bergambar kenangan kat atas tu dan berjalan sikit-sikit je since semua dah kepenatan. Turun dari cable car sempat kami ke SkyDome dan anak-anak bergambar keseronokan..Nak masuk muzium 3D tapi semua dah kepenatan..Dah tengahari semua dah kelaparan..

antara aktiviti menarik yang mesti korang cuba kalau mai sini: Panorama Langkawi

Serius puas hati sangat dan berbaloila tengah panas mai sini..haha..

Akhirnya kami menuju ke restoren Kak Yan Nasi Campur hasil recommendeb by google..Jauh jugak perjalanan dalam 20 minit nak sampai..semua dah keletihan dan kelaparan..Sampai-sampai terus hubby pilih lauk..macam-macam jenis lauk ada..dan paling saya suka air laicikang sejuk dia..fuhh terasa lagi kesedapannya tu..memang best lauk kt sini..ayam goreng pun sedap..memang licinla semua..


Perut dah kenyang,semua dah penat..matahari dah makin terik ,kami buat keputusan berehat jela masuk hotel. Kali ni kami menginap di Hotel Aseania Resort & Spa di Pantai Chenang. Memang best jugak hotel ni..Balik apa lagi..anak-anak main air dalam bilik air,papa dah pengsan,ummie pun tidur-tidur ayam..



Pukul 5 ptg umie ajak papa makan laksa kt area kawasan airport..orang kata mai langkawi jangan lupa laksa ikan sekoq..fuhh kemain na..saya la yang beria..punyala panjang deretan kereta tepi laut ni..Semua pekena laksa punya pasal sambil layan laut yang mendamaikan dan sesekali nampak kapal terbang naik dan mendarat..


Akhirnya kami dapatla tempat duduk bawah pokok..Since laksa ikan sekoq dah habis (dasyat woo masa ni baru pukul 6ptg) jadi makan laksa penang biasa ja..dengan air kelapa..tapi sedih sangat...awat kuah laksa ni tawar..ke mulut kami ni je rasa lagu ni??? haha..tengook orang lain makan relaks ja..takpela dah rezeki kan..makan jela..alhamdulillah

Since cuaca panas terik sampai ke petang,nak masuk air laut pun tak sanggup..Sempatlah adik hannah dan abang umair berkubang dalam pasir sekejap time ni..seronook sungguh depa ni..

So kami pun pusing-pusing jela kawasan pantai chenang..tengok mat-mat saleh cuci mata sikit-sikit ja.hehe..macam takde ape menarik so terus balik hotel mandi kolam...kolam kt sini syok sangat...besar dan siap ada ala-ala mini waterworld


Sumber Google

Haa best tak tengok kolam ni? 

Anak-anak memang sakan main air la..Malamnya semua dah kepenatan..Kami makan di kedai makan sekitar je..hotel ni dekat dengan Pantai Chenang memang banyak pilihan kedai makan.


Seronok sebab tak ramai orang..sakan la mandi..


Hari kedua kami ke Underwater world 5 minit je dari hotel. Orang memang tak ramai since bukan time cuti sekolah..Sakan bergambarla..memang banyak anak-anak belajar kat sini..Hampir 2 jam jugak duk dalam ni.


1st time tengok Penguin 

Pekerja tengah bagi makan kat Penguin





Tengahari kami lunch di Selera Pantai Timur di Pekan Kuah..Ni kali kedua kami makan kat sini..1st time dulu pun mai makan sini.Lauk-pauk sedap jugak..Alhamdulillah perut dah kenyang..matahari dah naik tinggi..hubby ajak shopping coklat la..Apa lagi kalau mai Langkawi ni kalau tak singgah beli coklat.

Rasanya kalau sape2 mai Langkawi mesti akan singgah ke Kompleks Haji Ismail Group..Dalam tu macam-macam ada..Bukan setakat coklat,pinggan corelle,tuala dan macam -macam perkakas dapur ada kat sini..Umi dan anak-anak awal-awal lagi dah rabun mata tengok coklat..Itu ini semua nak..Tengok semua orang penuh troli..wah sakan korang ya..Duk mencari en hubby sekali tengok dia kat kawasan pinggan mangkuk corelle..haha my dear husband ni dh cintan ngan set correlle ni..hehe umie takdela eksaited mana..mana yang murah ok dahla..kat rumah kami adalah sikit pinggan mangkuk mak dan arwah mak saya bagi dulu..guna yang tuh je dah 10 tahun..lani baru teringin nak beli pinggan mangkuk..Last-last kami beli set pinggan sekali dengan teko baru RM150..cantikla jugak..takdela berat sangat..Kawan hubby ada kirim beli pan. Lastly baru borong coklat..Seperti biasa DAIM,Ferrero Roche memang jadi pilihan + beberapa coklat lain.







Pukul 6 ptg cuaca kt sini masih panas. Singgah sekejap ke Pantai Chenang melihat ragam orang-orang putih duk main jetski,sailing dll..Lastly kami balik ke hotel dan terjun kolam lagi..Kali ni mandi sepuas-puasnya sebab esok dah nak checkout.


Malamnya kami makan malam di Restoren Haji Ramli. Makan ikan siakap sweet sour,tomyam seafood,kailan ikan masin,1 jug air tembikai,telur dadar,4 ekor sotong kecik celup tepung dan sup kosong dan nasi putih untuk 4 orang makan.. Habis dalam RM125 jugak..wahh boleh tahan makan kat sini..


Esoknya pagi-pagi terus packing dan ke airport. Sempat wrapping barang-barang di airport hanya caj RM10 sahaja.

Alhamdulillah tengahari dah sampai KL balik..

Alhamdulillah Allah izinkan nak bawak anak-anak naik flight,ERL laju dan mandi kolam tercapai..Tengok wajah-wajah kesayangan tersenyum gembira itu sudah kepuasan bagi kami..Walau hanya 2 hari tetapi masa berkualiti bersama keluarga sangat berharga kan..

Next destination?? Kene kumpul duit dahulu..hehe..Terima kasihla sangat kt mr hubby yang fully support percutian kali ni...tanya anak-anak semua nak datang lagi.


Oh ya,kalau anda suka aktiviti laut dan tinggal berdekatan KL/Selangor je boleh datang ke Avani Sepang Resort.Avani Sepang Resort ni pun pemandangan laut sangat menarik..sape nak mai sini hubungi saya ya..boleh contact saya by whatsapp/sms 016 358 9018. Saya boleh bantu anda untuk datang kesini dengan harga lebih jimat.. Kebiasaan booking tempat perlu 2 minggu sebelum check in dan sebulan booking untuk date cuti sekolah.

AVANI Sepang Mini Breaks Special


Ok terima kasih sudi membaca..























No comments:

Post a Comment