Apr 24, 2016

Detoks Parasit: Tanda-tanda Badan ada Jangkitan Parasit & Bagaimana untuk Nyahkannya!

Pernah dengar detoks parasit?

Parasit lebih mudahnya sinonim dengan cacing..Kecik-kecik dulu mesti ingat pengalaman makan ubat cacingkan? Pastu takut-takut nak membuang,geli nak tarik cacing..erk..Dah besar ni pernah tak makan ubat cacing? SIla jawab jujur ya..hehe..

Antara jenis parasit yang mudah menyerang tubuh manusia adalah cacing tambang (paru-paru dan usus) ,anisakis (cacing dalam ikan & biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru2, otak & hati), Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense), dan banyak lagi.



Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.

SIMPTOM2 JANGKITAN PARASIT:

- kelesuan
- stress
- tekanan perasaan
- sering dalam keadaan 'blur'
- kembung
- berat badan menurun
- alergi
- sensitif terhadap makanan/persekitaran
- sering sakit
- kegatalan pada bahagian sulit
- sakit otot & sendi
- sembelit atau cirit-birit
- ketidakstabilan haid
- ekzema
- teringin benda manis
- sukar tidur dan sukar bangun
- eye floaters

Semakin kita meningkat dewasa,kita merasakan dah tak perlu ubat cacing ni..So camna nak nyahkan parasit yang masuk dalam badan kita? Takkan nak biarkan je cacing-cacing ni bersukaria dalam badan?

dan paling menakutkan kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser!

BAGAIMANA MENYAHKAN PARASIT

1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.
2. Makan makanan yang mengandungi 'anti-parasit' seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.
3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.
4. Mengambil makanan yang tinggi serat.
5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.
7. Minum air bertapis secukupnya.
8. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.
9. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.
10. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.
11. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.
12. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.
13. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!


Bila nak Lakukan Detoks Parasit?

Dalam sebulan,kita hanya lakukan detoks parasit ketika bulan mengambang iaitu ketika pertengahan bulan dalam Islam. Dikatakan ketika bulan mengambang ni parasit sangat aktif mengawan,bertelur dan menetas. Ketika ini ramai yang lebih moody,suka makan dan minum manis-manis. Paling mudah untuk ketahui tarikh tepat boleh cek kalendar Islam.

Semasa melakukan detoks parasit ni ada beberapa jenis makanan yang perlu kita 'berpantang' sementara/stop seketika ya.

Antara Makanan Yang Perlu Di Kurangkan/Di hentikan Semasa Detoks Parasit:

1.Teh,kopi,minuman 3 in 1
2. Daging merah dan segala daging proses seperti sosej,nugget, dan daging burger
3. Mentega dan marjerin
4. Roti putih dan segala makanan berasaskan tepung seperti kuih,kek,muffin,pastri dan lain-lain
5. Gula-gula dan coklat
6. Mee segera
7. Kicap,sos dan bahan perisa
8. Mayones
9. Gula Putih
10. Alkohol

Suplemen yang membantu untuk singkirkan parasit dan di ambil ketika tempoh detoks ini adalah:
  • Herbalax - detoks usus
  • Nutriferon - tingkatkan sistem imun ketika melawan serangan parasit
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 



Buang parasit yang bersarang dalam diri kita! Jangan 'sayang' untuk berdetoks nyahkan mereka, Banyak masalah kehidupan yang timbul disebabkan mereka! 

Dalam sebulan paling lama untuk detoks selama 15 hari atau paling sedikit boleh lakukan 'soft detoks' iaitu selama 5 hari. Sekejap jekan..Tapi hasilnya sangat-sangat memuaskan!! Alhamdulillah ramai yang mencuba memberi feedback positif dan sangat menggembirakan.

Apa Kata Mereka Yang Telah Melakukan Detoks?






BEST ke BEST??:-)

Mestilah bestkan..Saya yang lakukan sendiri pun sangat terkejut bila naik penimbang..Turun 4Kg dalam tempoh 2 minggu!!

Paling best bila tengok makanan manis dah tak teringin..Badan makin ringan dan petang-petang dah tak mengantuk.

Jom buat detoks parasit ni..Serius sangat best!! Memang tak rugi kalau anda buat..Sudah tiba masa anda kene detoks segala parasit yang berkurun-kurun dalam badan ni.

Nak tahu details mengenai detoks parasit dan nak suplemen detoks parasit? Boleh hubungi saya seperti berikut:






No comments:

Post a Comment