Aug 3, 2015

Cara Atasi Masalah Senggugut Supaya Tidak Perlu MC setiap Bulan

Masalah Senggugut atau period pain adalah penyakit normal yang sering berlaku kepada kaum wanita ketika datang bulan. Memang menyakitkan sampai ada perlu MC terbaring je seharian di atas katil..





Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.


Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 

'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Kebiasaannya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

Punca Berlaku Sengugut

Diet dan suasana persekitaran memainkan peranan punca berlakunya senggugut. Sekiranya anda seorang yang suka makanan berlemak,mengambil kurang protein dan kurang pengambilan serat,maka risiko untuk mengalami senggugut sangat tinggi. 

Sekiranya semasa haid anda mengambil gula yang banyak,minuman kopi dan alkohol juga boleh meninggikan risiko terkena senggugut ini.

Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami Senggugut berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan masalah senggugut ini.


Stress juga punca berlakunya senggugut

Alhamdulillah saya jarang sangat ada masalah ni..Dulu zaman sekolah selalu tengok kawan-kawan ada masalah ni mesti terbaring je kat bilik rehat..Nak tolong pun tak reti..Tapi pernah sekali terkena kat kelas rasa macam nak patah pinggang..Masa tu bukan tahu sangat pun pemakanan macamana..makan macam biasa je..

So,kalau memang setiap bulan anda memang ada 'penyakit' ni, cekla pemakanan seharian dan elakkan stress.

Cara Melegakan Senggugut dengan Cepat


  • Elakkan pengambilan minuman berkaffein dan tinggi gula. Yang ni time period stop la dulu terutama kopi tu
  • Letakkan pad panas/botol panas di bahagian perut. Boleh juga tuam pakai tungku jika ada
  • Berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi sedikit..Boleh alas dengan bantal dan urut sendiri perut  perlahan-lahan.bi
  • Ambil makanan yang mempunyai sumber kalsium yag tinggi. Sumber kalsium dapat memberikan ketenangan dan mengimbangkan kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang mudah di ambil adalah seperti kekacang,tempe dan susu
  • Ambil juga makanan kaya dengan serat seperti oat,jagung,avocado,sayur-sayuran dan buah-buahan.  Semua makanan ini mempunyai kandungan serat yang tinggi
  • Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B6 dan vitamin E dapat mengelakkan ketegangan perut
  • Elakkan makanan berempah dan pedas ketika mengalami masalah ini
  • Ambil supplemen tambahan bersesuaian seperti vitamin B, Ostematrix yang kaya dengan sumber kalsium dan GLA Complex untuk mengawal hormon
  • Banyakkan pengambilan air kosong dan minum secukupnya untuk mengatasi masalah migrain ketika haid.


Senggugut teruk kalau kena, bukan takat nak patah pinggang tapi serupa sakit macam nak beranak tu. Ini tips kalau nak lawan sakit senggugut tanpa sebarang pain-killer; selamat, semulajadi & sihat!



Testimoni yang dah mencuba Set Senggugut


































Sekiranya anda menghadapi masalah ini setiap bulan dan ingin mengatasinya tanpa sebarang ubat-ubatan merbahaya atau pain killer boleh cuba mengambil set senggugut ini..

Pengambilan B Complex,Ostematrix dan GLA Complex insyaallah dapat mengurangkan kesakitan di hadapi. Di samping itu ,semua suplemen ni bebas daripada bahan-bahan merbahaya , ada pengesahan KKM, Tiada pemanis,pengawet atau pewarna.

B complex mengandungi 120 biji
Ostematrix mengandungi 120 biji
GLA Complex mengandungi 60 biji


Adik, kakak yang selalu alami masalah senggugut? Boleh dapatkan set senggugut ni. Insyaallah sangat membantu mengurangkan masalah di hadapi.


WHATSAPP :KLIK SINI

FB PAGE /INSTAGRAM : vitaminsemulajadicorner
SID 889806
COD AREA BANDAR BARU BANGI,KAJANG,
POSLAJU/GDEX SELURUH MALAYSIA



No comments:

Post a Comment