Aug 9, 2015

Panduan Menjaga Bayi Pramatang Selepas Sahaja Keluar daripada Hospital

Bayi Pramatang memerlukan penjagaan khas pada 2 tahun pertama hidup mereka terutamanya jika mereka dilahirkan terlalu kecil. Penjagaan rapi ini memastikan bayi dapat membesar dengan sihat dan baik. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana ibubapa dapat menjaga bayi pramatang apabila bayi sudah boleh pulang ke rumah.





Perkembangan dan Tumbesaran Bayi


Penyusuan bayi pramatang sangat penting bagi memastikan bayi dapat membesar dengan baik dan mendapat bekalan nutrisi secukupnya. Bagi ibu yang dapat menyusu bayi,susukanlah bayi sekerap mungkin. Ibu juga boleh berbincang dengan doktor mengenai penyusuan bayi pramatang ni, Doktor akan mengesyorkan vitamin, zat besi dan susu formula khas bagi bayi yang menyusu susu formula.


Bayi-bayi pramatang mungkin memerlukan zat besi tambahan kerana selalunya mereka tidak mempunyai zat besi yang banyak. Selepas usia bayi 4 bulan,dia akan diberikan titisan zat besi yang mana bayi anda akan mempunyai kandungan zat besi yang sama seperti bayi cukup bulan lain. Doktor mungkin akan memberikan titisan zat besi selama setahun.


Jadual Penyusuan Bayi Pramatang




  • Pada permulaan,bayi pramatang memerlukan 8 hingga 10 kali penyusuan setiap hari. 
  • Jangan tunggu hingga 4 jam baru bagi susu lagi, Ini boleh menyebabkan bayi ibu mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam badan)
  • 6 hingga 8 kali lampin basah sehari menandakan bayi anda mendapat susu badan / susu formula mencukupi.
  • Bayi pramatang selalu meludah keluar susu selepas selesai penyusuan. Ini adalah normal
  • Pastikan kenaikan berat bayi sentiasa bertambah. Jika berat bayi tiada kenaikan dan mengalami pengurangan berat badan,segera berbincang dengan doktor


Bila Bayi Pramatang Boleh Mulakan Makanan Pejal?



Kebanyakan doktor menasihatkan untuk mulakan makanan pejal kepada bayi pramatang ketika bayi menjangkau usia 4-6 bulan selepas tarikh asal cukup bulan tersebut ( bukan tarikh lahir bayi tersebut)


Bayi pramatang tidak membesar pada masa kelahiran seperti bayi cukup bulan,jadi mereka memerlukan sedikit masa yang lama untuk mematangkan keupayaan menelan.

Jika bayi mempunyai masalah perubatan kebiasaan doktor akan syorkan diet istimewa.


Panduan Tidur untuk Bayi Pramatang


Bayi pramatang akan tidur lebih beberapa jam berbanding bayi cukup bulan namun mereka tidur dalam jangkamasa yang singkat.

Semua bayi pramatang perlu ditidurkan secara menelentang BUKAN meniarap. Gunakan tilam keras dan tanpa bantal. Tidur meniarap boleh menyebabkan risiko SIDS (Sindrom kematian bayi mengejut) .


Penglihatan Bayi Pramatang

Mata juling lebih biasa berlaku di kalangan bayi pramatang berbanding bayi cukup bulan. Ia di panggil sebagau strabismus bagi istilah perubatan. Selalunya masalah ini akan hilang sendiri apabila bayi makin membesar dan berkembang.

Bawakan bayi anda berjumpa doktor mata segera sekiranya mempunyai masalah ini.

Sesetngah bayi mempunyai penyakit mata yang dipanggil retinopathy of prematurity (ROP). Bagi bayi yang mengalami masalah ini, saluran-saluran kecil darah di dalam mata bayi tersebut membesar secara tidak normal. ROP kebiasaan berlaku kepada bayi yang dilahirkan terlalu awal iaitu pada minggu ke 32 kehamilan atau lebih awal.

Sekiranya bayi anda mengalami masalah ini,usah risau kerana ia boleh di rawati dan doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan biasa,


Adakah Telinga Bayi Pramatang Saya OK?



Bayi pramatang lebih berkemungkinan untuk menghadapu masalah pendengaran dan sekiranya anda perasan bayi tidak menunjukkan respons setelah membuat bunyi bising di belakang atau tepinya,segera jumpa doktor untuk memeriksa pendengarannya.


Kepentingan Imunisasi Bayi Pramatang




Imunisasi (vaksin atau suntikan) diberikan kepada bayi pramatang sama seperti umur bayi cukup bulan. Bayi pramatang mungkin lebih teruk di jangkiti demam selsema berbanding bayi cukup bulan. Jadi mungkin bayi anda memerlukan suntikan demam selsema ini apabila usianya mencapai 6 bulan.


Insyaallah bayi pramatang yang diberikan perhatian yang rapi akan cepat membesar dengan sihat. Bagi ibu yang memberikan susu badan,amat penting ibu juga mengambil makanan berkhasiat dan supplemen bersesuaian bagi membantu bayi membesar dengan cepat dan mengalami kenaikan berat badan.

Baca juga perkongsian saya yang lepas mengenai cara menyusu bayi pramatang. 

Penyusuan bayi pramatang memang sangat mencabar. Ikuti pengalaman Pn Hidayah yang telah melahirkan bayi pramatang pada usia 32 minggu dan dapat menyusu bayi pramatangnya dengan berjaya. Malah bayinya dapat menikmati susu ibu dan membesar dengan sihat



Supplemen yang bersesuaian membantu ibu cepat sembuh dan bertenaga dalam pantang


Tahniah buat ibu-ibu semua.Saya doakan ibu-ibu yang mempunyai bayi pramatang ini sentiasa kuat semangat,bersabar dan semoga bayi dilahirkan membesar dengan sihat dan cergas. Insyaallah..


Suhaila Johar
FB Page: Impianz Shoppe
SMS/Whatsapp: 016 358 9018







No comments:

Post a Comment