Aug 13, 2015

7 Perubahan Semasa Kehamilan Yang Ibu TIDAK Jangkakan Akan Berlaku

Apabila ibu mula mendapat tahu hamil,mungkin ibu sudah mengetahui beberapa perubahan yang bakal berlaku pada diri hasil daripada pengalaman mengandung yang lepas,pengalaman adik-beradik atau kawan-kawan. Terdapat sesetengah perkara yang ibu alami mungkin berbeza dengan ibu-ibu lain. 



Antara perubahan semasa hamil yang ibu akan alami adalah seperti berikut:


Perubahan Organ Dalaman

Ibu mungkin tahu semakin meningkat usia kandungan,semakin terasa ingin membuang air kecil. Ini adalah kerana bayi semakin membesar dan mengambil ruang dalam perut ibu. Ia juga akan menekan pundi kencing ke bawah, 

Ibu mungkin TIDAK TAHU yang sebenarnya bukan pundi kencing sahaja di tolak ke tepi tetapi semua organ dalaman akan berubah tempat dari kedudukan asal termasuk jantung,paru-paru dan ginjal untuk memberi kedudukan kepada bayi. Subhanallah..Hebatnya Allah.

Pertambahan Darah

Isipadu darah dalam tubuh ibu juga akan meningkat kerana perlu membekalkan lebih banyak nutrien kepada bayi. Ia juga menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat. Sesetengah ibu merasakan degupan jantung mereka lebih kuat semasa hamil.


Sesak Nafas

Oleh kerana bayi menolak organ-organ dalaman ibu seperti paru-paru yang terletak di bawah sangkar tulang rusuk,ibu akan mula kerap merasa semput terutama pada trimester terakhir kehamilan.


Perubahan-perubahan fizikal


Ibu mungkin menjangkakan payudara makin membesar,namun tidak bersedia dengan urat-urat berwarna biru yang timbul dibawah kulit payudara. Perubahan seperti puting makin gelap,ada benjolan kecil di mana ia adalah kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang akan membantu melembapkan kulit ketika menyusu badan. 

Jangan takut jika payudara anda mengalirkan susu sekali-sekala. Ia adalah persediaan untuk menyusu bayi anda kelak.


Berjalan Terkedek-Kedek

Ibu akan mula jalan terkedek-kedek seperti seorang bayi. Cara jalan yang melucukan ini biasa di alami oleh wanita hamil disebabkan oleh kandungan bayi mereka yang berat. Pembesaran perut secara ke depan menukar pusat graviti ibu.


Lelehan dari Faraj Berlebihan

Leukorrhea adalah perkara yang sering berlaku pada ibu hamil. Ia adalah lelehan berlebihan yang keluar dari faraj yang di alami oleh setiap wanita dalam peringkat berbeza-beza. Sesetengah daripada wanita mengalami lelehan yang cukup untuk mereka jangkakan air ketuban mereka telah pecah. Jumlah lelehan biasanya bertambah apabila kandungan melepasi bulan-bulan kelahiran dan sesetengah wanita memilih untuk memakai panty liner.


Keintiman

Kehidupan seksual semestinya akan berubah, Kadang-kadang keinginan seksual akan meningkat dan kadang-kadang akan sebaliknya. Ramai wanita akan mengalami peningkatan keinginan seksual pada bulan ke empat kehamilan mereka. Pada masa ini,saraf-saraf ibu akan menjadi tersangat peka terutama bahagian payudara. Namun,pada akhir-akhir kehamilan, keinginan seksual akan mula menurun. Sangat penting untuk pasangan suami isteri saling faham-memahami dan sering berkomunikasi untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati.


heart_baby_feet


Semoga perubahan-perubahan yang ibu alami ini membantu ibu lebih faham dan supaya ia tidak merungsingkan hati ibu jika ianya berlaku:-)



Happy Pregnancy Moment..Detik-detik indah yang tidak ternilai yang akan di kenang sehingga ke akhir hayat..Semoga Allah permudahkan kehamilan ibu-ibu semua dan semoga selamat kelahiran bayi hendaknya..Insyaallah:-)

Rahsia ibu hamil kuat dan cergas boleh memanjat tinggi candi borobudur ketika trimester ketiga


With Love,

Sue
Shaklee ID : 889 806
016 358 9018


sumber: Majalah mami Baby

No comments:

Post a Comment