Aug 23, 2015

Cara Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir

Tali pusat bayi baru lahir memerlukan penjagaan khas pada 2 minggu pertama kelahiran, Kebiasaan ia akan kering dan sembuh dalam masa 10 hari sehingga 3 minggu,



 Pada mulanya tali pusat berwarna putih hingga kuning dan sedikit demi sedikit menjadi lebih gelap dan kemudiannya menjadi warna hitam sebelum tertanggal. Anda haruslah melakukan beberapa perkara untuk membersihkan dan mengeringkantali pusat itu sehingga tertanggal.

Perkara yang perlu ibu tahu mengenai tali pusat bayi:


  • Jauhi daripada merendam bayi dalam air 
  • Mandikan bayi secara lap atau mandian span sahaja sehingga pusat tertanggal
  • Ada doktor mencadangkan supaya membersihkan kawasan tali pusat dengan alkohol (guna alkohol wipes)
  • Perkara paling penting adalah kawasan pusat tersebut kering dan bersih
  • Jauhi lampin bayi daripada kawasan tali pusat sehingga tali pusat tertanggal sendiri
Pastikan lampin bayi di bawah tali pusat


  • Anda harus mencuci tangan selepas mencuci tali pusat dan selepas menukarkan lampinnya,
  • Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. 
  • Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.



    Jika anda perasan akan bau yang busuk,kawasan tali pusat menjadi merah atau kekeringan,hubungi doktor anda kerana ia mungkin tanda jangkitan.





    2 comments: