Sep 8, 2014
ELAKKAN PERKATAAN 'JANGAN' KEPADA ANAK
Jom baca kenapa perlu elakkan perkataan JANGAN kepada anak-anak..
Sepatutnya kita tegur anak "Rajin belajar ya"
Tetapi kita selalu berkata "JANGAN malas belajar tau"
Atau "Dari kecil-kecillah kamu kena belajar berjimat"
Tetapi kita berkata "Dari kecil-kecil lagi JANGAN suka bazir duit"
(1) Perkataan "jangan" dan "malas" / "bazir"" bersifat negatif.
"Rajin" atau "jimat" adalah perkataan positif.
Kenapa guna 2 perkataan negatif ; "JANGAN MALAS" / "JANGAN BAZIR".
Guna saja 1 perkataan positif - RAJIN atau JIMAT.
Itu hujjah pertama.
(2) Namun sebab sebenar bukanlah itu. Perkataan melambangkan imej. Bila orang kata "durian", muncul imej buah yang berduri tu dalam kepala kita.Bila disebut "harimau", timbul pula gambar "pak belang" tu dalam otak kita.
Kenapa apabila kita tengah berselera makan nasi, kita akan marah kalau ada seseorang menceritakan "Pagi tadi aku ke tandas awam ... busuk. Tahi berselerak". Sebab ceritanya terus mengukir gambar tertentu yang tidak diingini khusus ketika tengah makan. Eiiiii mual rasanya !
Ketika membaca novel seram seorang diri pada waktu malam bulu roma kita meremang barangkali, degupan jantung semakin kencang. Apabila membaca novel berahi otak mula melakar apa yang diceritakan hingga membuat pembacanya mula bernafsu ... semua kerana perkataan yang menjelma atas kertas itu menghantar mesej kepada otak kita untuk membayangkan imej-imej bersesuaian dengan apa yang dibaca.
(3) Seterusnya, perkataan "jangan" tidak boleh dibayangkan oleh otak. OK fikirkan "jangan" sekarang. Tak boleh, otak buntu. Tidak tahu apa yang nak dibayangkan. Ia bersifat "faceless" maknanya tiada apa-apa imej yang akan terrpancar di otak.
OK sekarang kita diminta agar "Jangan fikirkan P.Ramlee". Serta merta muncul wajah Allahyarham P.Ramlee walhal ada perkataan "Jangan" didepan ! Contoh kedua "Jangan bayangkan MH370". Sudah pasti otak kita mula memikirkan kapal terbang 757 MAS yang hilang tu sebab MH370 dikaitkan dengan pesawat MAS.
OK OK OK ... apa kaitan dengan isu "JANGAN" hari ini.
Sebelum tu biar saya bagi contoh.
Perhatikan apa yang DJ Radio lazimnya berkata pada pagi hari peperiksaan nanti. UPSR 9-11 September. atau pada pagi PT3 dan SPM. Perhatikan pada pagi 9, 10 dan 11 September nanti dalam usaha mahu memberi nasehat dan teguran membina kepada calon peperiksaan UPSR sebagai contoh, mereka (DJ radio) akan "terberi" nasehat dan teguran bukan yang:"membina" tetapi "membinasa" !
Lazimnya DJ akan berkata seperti berikut:
"Adik, adik ... jangan takut, jangan panik, jangan risau ... menghadapi peperiksaan"
Sekarang berdasarkan huraian di atas saya mengenai "jangan" dan "imej muncul dari perkataan" ... apa yang secara tidak disengajakan DJ tadi memunculkan dalam imej calon2 peperiksaan: JANGAN takut .... jadi TAKUT. JANGAN risau ... jadi RISAU ... jangan GOPOH .... jangan CUAI dsb.
So Mak Ayah, dalam berkomunikasi dan menegur atau menasehat anak guna perkataan positif:
RAJIN YA .... bukan JANGAN MALAS
JANGAN NAKAL tau ... tukar kpd JADI BUDAK BAIK tau.
Dalam peperiksaan, SEMAK dan SEMAK ... bukan JANGAN CUAI.
BALIK AWAL ya .... bukan JANGAN BALIK LEWAT.
Berkawan dgn BUDAK BAIK, bukan JANGAN berkawan dgn BUDAK JAHAT
CEPAT2 SOLAT .... bukan JANGAN LENGAH SOLAT.
Mak MAHU kau BERJAYA ... bukan Mak TAK MAHU kau GAGAL.
BAGI TUMPUAN dalam kelas ... bukan JANGAN TIDUR dalam kelas dan yang seumpamanya.
Cuma kekadang JANGAN perlu digunakan apabila merujuk kepada perkara khusus seperti ... JANGAN merokok. JANGAN ambil DADAH. Dalam Qur'an disebut "JANGAN menghampiri zina". Umumnya untuk BENDA atau AYAT HUKUM macam ROKOK, DADAH, ZINA, MINUM ARAK dsb ... kena ada perkataan JANGAN. Tetapi pada perbuatan lazimnya gunakan perkataan positif. Sebab tu saya katakan MINIMUMKAN penggunaan ayat JANGAN ... bukan ELAK LANGSUNG.
Jadi ingat Mak dan Ayah, Abang dan Kakak dan juga Cikgu ... berhati2 perkataan yang kita tujukan kepada anak / adik / pelajar kita khususnya dalam musim peperiksaan ini.
Credit: FB Dr Suhukri Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aduhh..selalu guna jangan..hehe...kena pikir dulu sblm ckp ni, cari ayat sesuai
ReplyDelete