Assalamualaikum..
Kita
dah berada di hujung Dzulkaedah. Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka
apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang
dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya
disembelih. Justeru, potonglah siap-siap hari ini sebelum
masuknya bulan Dzulhijjah!
Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu
`alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha yang
maksudnya:
“Barangsiapa berniat akan berkorban, maka
apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa
rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih.”
(HR Muslim, no. 1977)
Maksud hadith di atas ialah kita dilarang
dari mencukur/mencabut/mencukur rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh
kita. Kuku juga dilarang dari kita memotongnya. Ada sebahagian
ulama kata maksud larangan tersebut ialah haram. Dan ada juga yang kata
makruh.
Al-Imam an-Nawawi iaitu tokoh besar yang
bermadzhab asy-Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah
makruh. Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim yakni makruh yang dekat
dengan haram. Allahu A`lam. Jadi, ia penting untuk diambil
perhatian. Setelah masuk 1 Dzulhijjah, maka tahanlah diri dari
mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan kuku.
Antara hikmah kepada larangan ini ialah
supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama
perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari
memotong rambut/bulu dan kuku mereka.
No comments:
Post a Comment