Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan
lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang
dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut
sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang
tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?
Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral
tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak
30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit
tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan
mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem
imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan
terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan
kita.
Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat
kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang
mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak
lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk
membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien
dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12,
riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga
menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan
sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal
bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel
DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk
melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat
usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita
perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi
kesihatan optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah
vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda
dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin
diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai
diambil bersama ubat-ubatan.
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
- Elakkan
multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa
untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan
adalah lemah.
- Simpan
vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
- Ambil
vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk
berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah
terbaik.
- Semak
tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli
dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak
dihabiskan sebelum tamat tempoh.
sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ada
pelbagai makanan tambahan di pasaran,saya memilih Shaklee kerana ia selamat,semulajadi dan berkesan.
Malah
shaklee ada saintis sendiri yang membuat beribu-ribu kajian dan sangat menjaga
kualiti.
Yang
menjadikan saya jatuh cinta kerana ia dari sumber semulajadi,tiada
pewarna,tiada perasa tiruan dan pemanis.
SANGAT
SELAMAT UNTUK UNTUK IBU HAMIL,IBU MENYUSU DAN SEMUA
Tak
percaya?cubalah sendiri pasti anda akan merasai kelainannya:-)
saya pilih Shaklee!!
ReplyDelete