Nov 27, 2015

Fungsi Butang Periuk Tekanan Noxxa dan Cara Menggunakannya

Bagi anda yang mengguna pressure cooker Noxxa, sedikit panduan untuk anda tahu kegunaan setiap butang dan cara menggunakannya.


Dah beli mahal-mahal,jangan peram tau:-P


Berikut adalah senarai fungsi butang dan tugas yang mampu dilakukannya:-
  • High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
  • Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
  • Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
  • Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain
  • Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan mengguakan air mendidih
  • Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh kedalamnya.
  • Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.


Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
  • Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
  • Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.


Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
  • Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Letakan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
  • Masukan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
  • Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan buang STEAM dan set masa.
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
  • Tekan butang STIR-FRY pada panel
  • Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
  • Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
  • Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.



Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
  • Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
  • Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
  • Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
  • Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
  • Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
  • Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)
  • Tekan butang DELAY
  • TIMER, anda boleh set masa perap dalam tangga 0.5jam (30 minit) sehingga maksimum 8 jam pada display dipanel.
  • Kemudian pilih mod masakan  dan jangkamasa masakan yang anda inginkan (hanya fungi Pressure cook, Steam dan Slow Cook yang perlukan setting masa)
  • Tekan butang ON/OFF dan fungsi masakan akan bermula selepas delay timer anda selesai.

4 comments:

  1. kongsikan di fb pasti ramai ingin mengetahui tips cara menggunakan periuk noxxa ini

    ReplyDelete
  2. Biasanya makanan apa yg guna button slow cook?😊

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete