Aug 5, 2015

Cara Turunkan Bacaan Kuning Bayi

Penyakit kuning di kalangan bayi merupakan perkara normal dan hampir kesemua bayi menghadapinya selepas 3,4hari bayi di lahirkan..Ketika ini paling meresahkan bagi ibu berpantang kerana terpaksa bawa anak ke hospital.Paling penting ibu jangan PANIK! 




Bayi menghidapi penyakit kuning adalah tidak merbahaya melainkan bayi menunjukkan tanda-tanda langsung tidak mahu menyusu,demam dan menunjukkan tanda keletihan.Selain itu,jika sejak lahir bayi mempunyai masalah hati,masalah kecacatan sejak lahir danbayi menunjukkan tanda kuning melampau maka bawalah segera bayi mendapat rawatan daripada hospital berdekatan.


Apakah itu Demam Kuning Bayi?








Demam kuning atau jaundis (dalam istilah perubatan) terjadi hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi apabila bilirubin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah.Ia adalah perkara normal apabila darah menjadi rosak dan pecah dan diuraikan oleh organ hati. 




Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:

1. Jika bayi anda selalu mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.

2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak. - Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada. - Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning.

 - Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran

3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan dan bayi memerlukan rawatan fototerapi




 Cara Mengatasi Demam Kuning Bayi:



  • Ibu perlu menyusu bayi sekerap mungkin.Bayi yang menghidapi demam kuning ni suka tidur dan akan tidur dengan lena sekali. Usahakan pelbagai cara untuk kejutkan bayi supaya menyusu susu ibu
  • Berikan hisapan madu daripada jarii ibu/ayah.Pastikan memberi madu asli ya
  • Elakkan menjemur bayi di bawah cuaca panas kerana kulit bayi masih nipis. Jika terpaksa anda boleh memilih waktu awal pagi sekitar 7.30 pagi - 9 pagi. 
  • Ibu boleh mengambil madu dan makan kurma setiap hari. Pemberian susu ibu kepada bayi dapat menyalurkan manfaat makanan baik ini

Antara petua turunkan kuning bayi: 

  • Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.
  • Ibu ambil susu kambing fresh. Double boiled dahulu sebelum minum.
  • Titiskan beberapa titik Susu kambing fresh tadi kedalam mulut bayi. Jangan terlalu banyak ye.Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi serasi dengan kaedah ini.
  • Berikan susu ibu menggunakan picagari atau botol. Cara ini boleh bantu bayi menghisap lebih banyak kerana ketika demam kuning bayi susah untuk di kejutkan untuk menyusu
  • Pokok Dukung Anak. Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
  • Halwa Kundur.bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.
  • Anggur merah/hitam. Titiskan sedikit air anggur merah/hitam ke dalam mulut bayi 

Pencegahan Awal Semasa Kehamilan

Pengalaman saya sendiri menghadapi anak demam kuning ni,saya banyakkan menyusu badan dan pernah bagi sedikit air anggur merah pada anak. Alhamdulillah, bacaan kuning anak turun.Susu ibu sangat penting untuk antibodi bayi dan ia merupakan minuman terbaik untuk kuatkan sistem pertahanan badan bayi. 


Saya juga amalkan minum susu kambing ketika masuk kehamilan 8 bulan..2 bulan terakhir sebelum bersalin saya bancuh 1 gelas susu kambing setiap hari..Kekadang saya ambil sebelum tidur. Saya juga mengamalkan pengambilan jus delima gulsan setiap hari.Alhamdulillah anak no 4 saya bebas daripada demam kuning.


Sangat penting ibu menjaga pemakanan sejak hamil lagi. Makan makanan berkhasiat dan supplemen juga dapat membantu ibu untuk mengatasi kekurangan zat nutrisi dan seterusnya kelahiran bayi bermasalah.'

Pemakanan ketika dalam pantang,pengambilan air kosong mengcukupi serta set pantang terbaik dapat membantu ibu kekal sihat,bertenaga dan dapat menghasilkan susu ibu dengan cepat dan berkhasiat. Menurut laporan WHO,bayi yang dilahirkan selepas sejam amat penting untuk di susukan dengan susu ibu bagi membekalkan kolustrum dan menguatkan antibodi. 

Jadi ibu-ibu semua,jangan fikir oh susu yang tak keluarla,susu saya sedikit la..Allah maha adil. Pasti ada rezeki susu ibu untuk bayi anda. Jika anda mengalami masalah penyusuan,mungkin tips penyusuan bayi ini boleh membantu anda.


Dapatkan sokongan daripada suami atau ahli keluarga untuk membawa bayi mendapat rawatan dihospital sekiranya bacaan kuning terlalu tinggi. Ibu juga perlu menjaga Pantang larang selepas bersalin kerana masih terlalu awal. Jaga langkah supaya tidak tersadung dan jalan dengan perlahan-lahan. Insyaallah semuanya akan selamat dan dipermudahkan. 




Panduan penyusuan bagi anak Pramatang..





















7 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa hrga sewa sehari? area mna?

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Salam admin,

    Kalau boleh saya kongsikan di sini, kalau nk turunkan bacaan demam kuning tu boleh juga cuba gunakan serai..

    Rebus batang serai sehingga ia mengeluarkan bau yang wangi...sebaiknya rebus antara 5-10 minit mcm tu... Kemudian, ambil air rebusan tu untuk memandikan bayi yang terkena demam kuning. Tapi pastikan air tu dh suam-suam kuku yer, nnt panas sgt melecur plak.hehe moga bermanfaat:)

    Salam sayang,

    Babysuri.com

    ReplyDelete
  3. Yang I tahu, jika ada Sindrom Gilbert pada bayi, biasanya tidak memerlukan rawatan kerana penyakit kuning yang dikaitkan dengannya tidak serius dan tidak menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan.

    ReplyDelete
  4. NAK SEWA MESIN HOME PHOTOTHERAPY? Terus whats­app : 012-2711894 (NYATAKAN KOD DISKAUN: BLROS). Mesin fototerapi Bluelite telah merawat lebih 10,000 bayi jaundice dan disahkan selamat oleh SIRIM.

    LINK WHATSAPP: www.wasap.my/60122711894/CODE_DISKAUN_BLROS

    LINK WHATSAPP: https://tinyurl.com/yct63jnf

    ReplyDelete