Jan 26, 2016

Virus Zika Terbaru! Ibu Hamil perlu Lebih Waspada

Seluruh negara menerusi bahagian pengurusan kesihatan sedang "risau" akan kewujudan satu virus bawaan vektor nyamuk yang di namakan sebagai Virus Zika. Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) memandang serius akan perkara ini dan sedang merangka plan untuk mencegah dan kawalan virus ini daripada menular kepada negara Malaysia.

Secara amnya, Virus Zika adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies "flaviviridae" dan di sebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaanya, nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi

Tambahan lagi, antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, "rashes" (kemerahan), demam, keletihan , mata kemerahan, kesakitan pada sendi. Namun demikian, apa yang paling di takuti adalah apabila para pengkaji sains telah menemui satu "link" antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang di namakan sebagai gejala "microcephaly" iaitu kekecilan kepala pada bayi yang baru di lahirkan.


Setakat hari ini, tiada ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di berikan adalah rawatan simptomatik sahaja. Tambahan lagi, "ubatan" terbaik bagi mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah. Pencegahan adalah sama seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk. Tambahan pula, ibu yang mengandung di nasihati agar tidak melawat pada negara negara yang di warna di dalam gambar.


Sebagai petugas kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, kepekaan terhadap penyakit ini adalah perlu dengan mengambil kira tempat yang pesakit lawati kerana simptom yang akan timbul mirip akan keadaan demam biasa agar rawatan awal dapat di berikan di samping memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam pencegahan penularan virus ini.

Credit: FB Penolong pegawai Perubatan


No comments:

Post a Comment